POLITIK
Sarawak 2016: Adenan dicabar calon PKR di Tanjung Datu

Calon Barisan Nasional (BN) N.03 Tanjung Datu, Tan Sri Adenan Satem (dua, kanan) menyerahkan borang penamaan calon bagi Pilihanraya Negeri Sarawak ke-11 di Dewan Masyarakat Lundu pada jam 9.25 pagi ini. - Foto Bernama
Ketua Menteri Sarawak,Tan Sri Adenan Satem akan dicabar oleh calon PKR, Jazolkipli Numan dalam pertembungan satu lawan satu di kerusi Tanjung Datu.
Pengumuman dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya Tanjung Datu, Hamsien Atar selepas proses penamaan calon di Dewan Masyarakat Lundu, selesai.
Pada PRN 2011, Adenan yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, PBB, menang dengan majoriti 3,216 uni mengalahkan calon PAS, Nani Sahari dan Calon Bebas, Gilbert Asson Kulong.
Pada sidang media selepas penamaan calon, Adenan yakin, beliau mampu mengekalkan kerusi tersebut dan mempunyai peluang yang lebih tinggi berbanding pencabarnya.
"Berdasarkan rekod, saya menilai peluang pembangkang amat tipis. Saya fikir mereka hanya mahu mengalahkan saya tetapi tiada harapan untuk mereka menang kerusi ini," katanya.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Satok, Dr Saadiah Abdul Samad mengumumkannya di pusat penamaan calon di Dewan Datuk Merpati Jepang, Sekolah Kebangsaan Merpatijeoang di sini.
Abang Johari menyandang kerusi BN itu selama lapan penggal mulai 1981.
Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Dr Sim Kui Hian dari BN akan menentang penyandang kerusi DUN Bukit Kawah, Chiew Wang See dari DAP dalam pertandingan tiga penjuru.
Seorang lagi ialah calon Bebas, Liu Thian Leong yang merupakan bekas pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Batu Kawah.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, yang pertama kali bertanding di kerusi DUN, berdepan pertandingan satu lawan satu dengan calon PKR, Noel Changgai Bucking bagi kerusi Bukit Saban.
Kerusi majoriti kaum Iban itu menjadi milik BN apabila Robert Lawson Chuat menang dengan majoriti 2,774 undi pada 2011.
Robert mengalahkan calon PKR, Jerah Engkiong dan calon Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Dayrell Walter Entries yang turut hilang wang deposit.
Pilihan raya kali ini turut menyaksikan parti pembangkang bersaing sesame sendiri di beberapa kerusi termasuk di Pujut di mana calon PAS, Jofri Jaraiee menentang Dr Ting Tiong Choon dari DAP.
Penyandang kerusi tersebut, Fong Pau Teck dari DAP, kini bertanding sebagai calon Bebas selepas dipecat dari parti itu kerana masalah disiplin pada November 2013.
BN menurunkan muka baharu, usahawan Datuk Hii King Chiong daripada Parti Rakyat Bersatu (UPP) untuk bertanding di kerusi itu.
Fong dipecat kerana melanggar etika parti pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 2013 dengan mengingkari keputusan jawatankuasa parti negeri mencalonkan Eunice Lim untuk bertanding kerusi Parlimen Miri.
Pada PRN 2011, Fong mengalahkan calon BN, Chia Chu Fatt dengan majority 3,849 undi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami