Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyifatkan dirinya mempunyai pengalaman yang cukup untuk menjelaskan isu-isu berbangkit kepada rakyat jika dipilih sebagai wakil rakyat.
Menurutnya, sejak sembilan tahun menjawat jawatan speaker Dewan Rakyat, beliau kini lebih memahami pelbagai isu yang sering dibangkitkan oleh kerajaan dan pembangkang pada persidangan dewan.
"Kalau saya menawarkan diri saya begitu (menjadi calon pilihan raya umum), barangkali sayalah yang paling sesuai kerana telinga saya yang sudah mendengar hujah daripada kerajaan, daripada pembangkang selama sembilan tahun mengenai isu global, isu domestik, isu nasional.
"Kalau saya dibenarkan untuk berpolitik kembali, di peringkat akar umbi yang paling penting ialah apabila kita faham isu-isu yang dibangkitkan, kita dapat memperjelaskan kepada masyarakat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Kota Belud dan Program Negaraku@Komuniti di sini hari ini.
Sambil berseloroh mengenai umur sebenarnya, Pandikar Amin, 60-an, berkata usia seseorang bukan penghalang kepada usaha memajukan dan memakmurkan rakyat keseluruhan.
Malah, beliau berkata kepelbagaian cara setiap pemimpin yang berpengalaman boleh dianggap sesuatu yang baik untuk negara.
"Contohnya, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, seorang pemimpin yang lama berkhidmat di Semenanjung dan lama berkhidmat di Sarawak dan berumur pula.
"Tetapi apabila Allahyarham balik ke Sarawak sebagai ketua menteri, dengan gayanya yang tersendiri oleh kerana sarat dengan pengalaman, Barisan Nasional menang balik kawasan-kawasan yang dimenangi oleh DAP dulu pada pilihan raya negeri," katanya.
Pandikar Amin mengakui berminat untuk kembali ke dunia politik di Sabah, tetapi menyerahkan kepada pucuk pimpinan UMNO dan Barisan Nasional untuk menentukan sama ada beliau sesuai dicalonkan pada pilihan raya umum akan datang sama ada untuk kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
"Itu adalah hak pucuk pimpinan parti.... saya cuma menawarkan diri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 14 2017
Menurutnya, sejak sembilan tahun menjawat jawatan speaker Dewan Rakyat, beliau kini lebih memahami pelbagai isu yang sering dibangkitkan oleh kerajaan dan pembangkang pada persidangan dewan. - Foto fail
59 projek pacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson - MB
Sebanyak 59 projek dicadang dilaksanakan bagi memacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson sekali gus menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
Media arus perdana perlu tingkat kualiti, bersaing dengan wartawan segera
Peningkatan kualiti mustahak bagi memastikan media arus perdana terus menjadi sumber rujukan utama rakyat melibatkan pelbagai isu semasa.
DSA : Simulator pesawat TUDM beri peluang pengunjung kendali pesawat pejuang
Simulator penerbangan FITs dibangunkan TUDM, memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman mengendalikan pesawat pejuang.
Panggung Bangsawan Melaka platform perkasa seni, budaya tempatan - Ab Rauf
Panggung Bangsawan Melaka akan menjadi platform pemerkasaan industri seni dan budaya tempatan warisan kaum berbilang bangsa di negara ini.
Petani Kedah disaran tanam harumanis ekoran permintaan tinggi
Petani di Kedah disaran mengambil peluang mengusahakan tanaman mangga harumanis berikutan permintaan terhadap buah itu yang dinamakan sebagai Harumanis D'Aman sudah mula meraih perhatian.
Usaha gigih RIMAU untuk selamatkan harimau Malaya
Panthera Tigris Malayensis dilaporkan boleh ditemui di hutan Semenanjung Malaysia, terutamanya di Pahang, Perak, Terengganu dan Kelantan.
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari selepas pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
Balu Navalny gesa rakyat Rusia tidak putus asa
Balu kepada pemimpin pembangkang Rusia Alexei Navalny, Yulia Navalnaya menggesa rakyat negara itu supaya tidak berputus asa memerangi rejim selepas pelantikan Vladimir Putin.
Perhimpunan Agung PBB mengundi Jumaat ini
Ia secara berkesan akan bertindak sebagai tinjauan global mengenai berapa banyak sokongan rakyat Palestin terhadap bidaan mereka, yang telah diveto dalam Majlis Keselamatan PBB bulan lalu oleh Amerika Syarikat.
PRK KKB: Bukan kali pertama BN berkempen untuk calon wakili Kerajaan Perpaduan - Zambry
BN dan PH pernah bersama dalam beberapa siri PRK sebelum ini termasuk Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor dan terbaharu di DUN Kuala Kubu Baharu.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.