Aktivis masyarakat, yang juga bekas calon kerusi Semenyih, Kuan Chee Heng melahirkan hasrat untuk bertanding semula menjadi calon wakil rakyat.

Bagaimanapun beliau tidak berniat untuk bertanding di kerusi Parlimen Sandakan, sebaliknya hanya akan bertanding kerusi DUN atau Parlimen yang berdekatan sahaja.

“Insya-Allah saya akan bertanding lagi di kawasan saya boleh beri khidmat. Bukan di Rantau, Sandakan kerana saya tidak boleh tipu rakyat jika saya tak boleh berkhidmat.

“Saya akan bertanding di kawasan yang saya boleh naik motosikal dan berkhidmat untuk rakyat,” katanya semasa ditemui media selepas menghadiri kempen manifesto calon Bebas DUN Rantau, Malarvizhi Rajaram di Pekan Rantau pada malam Selasa.

Pada PRK DUN Semenyih, Chee Heng hanya mendapat 725 undi.