awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya bukan gunting dalam lipatan' - Muhyiddin

Ashwad Ismail
Ashwad Ismail
24/10/2015
10:01 MYT
'Saya bukan gunting dalam lipatan' - Muhyiddin
Beliau mengakui walaupun masih menjawat jawatan Timbalan Presiden UMNO, namun dinamik peranannya terutama melalui aspek pengurusan parti sudah tidak sama seperti dahulu. - Gambar Fail
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau bukan gunting dalam lipatan di dalam UMNO.
Malah Ahli Parlimen Pagoh itu mempertahankan tindakan beliau yang berterusan lantang menyuarakan apa yang tidak kena di dalam UMNO sebagai manifestasi sayangkan parti.
"Saya bukan 'gunting'.
"Kita sedang berhadapan dengan masalah dan saya tidak rela (berdiam diri) kerana saya sayangkan UMNO," kata Muhyiddin ketika menjawab soalan pada sesi dialog 'Berani Kerana Benar' anjuran Sinar Harian di Johor Baharu, pada Sabtu. Program itu disiar secara langsung melalui laman web, Sinar.TV
Tambahnya, selaku pemimpin yang berasal dari Johor, bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak pernah gentar untuk berhadapan dengan segala kemungkinan termasuk implikasi terhadap kedudukannya dalam UMNO.
Beliau mengakui walaupun masih menjawat jawatan Timbalan Presiden UMNO, namun dinamik peranannya terutama melalui aspek pengurusan parti sudah tidak sama seperti dahulu.
"Mesyuarat yang lalu saya tidak lagi mempengerusikan mesyuarat pengurusan parti.
"Saya tak tahu bagaimana keadaan akan datang dan cara ini seolah-olah tidak menghormati keputusan orang yang memilih saya sebagai timbalan presiden parti," ujar Muhyiddin.
Selain itu, beliau mengakui ada mendengar khabar angin yang mengatakan wujudnya rancangan untuk menghalang beliau daripada merasmikan Perhimpunan Agung Sayap UMNO semasa Perhimpunan Agung UMNO Disember depan.
"Wallahualam, kalau ikut konvensyen atau tradisinya, timbalan presiden akan merasmikan perhimpunan sayap," kata beliau.
Muhyiddin turut berharap semua pihak di dalam UMNO memahami tindakan beliau tidak sepatutnya dilihat sebagai faktor menggugat kekuatan parti.
"Saya bukan merogol atau meliwat. Kalau pun presiden tidak mahu dengar tidak mengapa, cuma kalau silap mengakulah kesilapan," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Pagoh
#Perhimpunan Agung Sayap UMNO
#Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan