Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga, Tan Sri Musa Aman hari ini membuat kemunculan pertama dalam satu sidang media di sini selepas berada di luar negara selama lebih empat bulan.

Musa, 67 tahun, dalam satu sidang media selepas mengangkat sumpah sebagai ADUN Sungai Sibuga di Dewan Undangan Negeri Sabah sejurus tiba dari Kuala Lumpur tengah hari tadi.

Menurut Musa, beliau berada di luar negara untuk menjalani rawatan rapi di United Kingdom.

"Saya telah berada di luar negara atas sebab-sebab kesihatan serta rawatan rapi yang diperlukan, dan ini dibuktikan dengan laporan kesihatan daripada para doktor yang merawat saya," tambahnya.

"Saya bukanlah seorang pelarian dan tidak sesekali pernah terniat di dalam hati untuk lari daripada pihak berkuasa Malaysia (sebagaimana yang pernah digembar-gemburkan dalam sosial media selama ini)," katanya.

"Saya akan tetap memberikan kerjasama tersebut selagi diperlukan," katanya.

BACA: Akhirnya, Musa Aman pulang ke Sabah, angkat sumpah petang ini?

BACA: Musa Aman tiba di Bangunan DUN Sabah

Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata, beliau telah memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa di Kuala Lumpur behubung satu laporan polis yang dibuat oleh Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada 20 Mei lalu.

Laporan polis itu adalah susulan daripada tindakan Musa yang menfailkan writ saman bagi mengekalkan jawatan Ketua Menteri disandangnya.

Laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kedakwaan rasuah pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Dalam sidang media itu, Musa turut menzahirkan ketaatan beliau dalam berkhidmat kepada rakyat serta negeri Sabah.

"Saya adalah anak pribumi Negeri Sabah yg selama ini telah memberikan khidmat bakti terhadap kawasan DUN yg saya wakili serta negeri Sabah yang saya cintai. Perjuangan dan khidmat kepada rakyat serta negeri ini akan tetap diteruskan dgn sedaya upaya saya," katanya.

Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak, khususnya para penyokong saya, atas sokongan padu serta doa-doa yang tuan-tuan dan puan-puan diberikan selama ini.

Musa tiba di ibu negara di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dari Singapura sebelum mendaftar masuk ke sebuah hospital swasta di Subang Jaya pada 21 Ogos lalu.