awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya dah melawat Sabah lebih banyak kali daripada Mahathir" - PM Najib

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
30/04/2018
13:25 MYT
"Saya dah melawat Sabah lebih banyak kali daripada Mahathir" - PM Najib
Najib bersama Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman semasa berkempen di Sandakan, Sabah hari ini. - BERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tidak mempunyai komitmen terhadap negeri Sabah.
Tegasnya, mantan perdana menteri itu juga tidak ada perancangan yang sama sepertinya untuk Negeri Di Bawah Bayu itu.
Malah, Najib menjelaskan, beliau kerap turun ke Sabah berbanding Pengerusi Pakatan Harapan itu.
"Mahathir tidak ada komitmen kepada Sabah sebagaimana saya ada perancangan dan komitmen untuk Sabah. Hari ini saya di Sandakan, dan dalam sembilan tahun saya sebagai Perdana Menteri, saya dah melawat Sabah lebih banyak kali daripada Mahathir selama 22 tahun dia jadi PM," katanya melalui di laman Facebook rasminya hari ini.
Perdana Menteri dalam pada itu berkata, inisiatif dilakukan kerajaan dengan matlamat merapatkan jurang antara Sabah dan Semenanjung.
"Saya umum pelbagai inisiatif dan peruntukan, kerana komitmen saya adalah untuk jurang pembangunan Sabah dan Semenanjung dihapuskan. Kita dah berada di landasan betul, semua ini akan dicapai jika Sabah dan Malaysia terus #BersamaBN ! #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Facebook
#kerajaan
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#menteri
#Najib Razak
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#PM
#PRU14
#Sandakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan