awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya dah tau dah apa nak buat bila jadi PM' - Tun Mahathir

Hilal Azmi
Hilal Azmi
07/02/2018
04:47 MYT
'Saya dah tau dah apa nak buat bila jadi PM' - Tun Mahathir
TUN M: Saya berpendapat Perdana Menteri tak harus pegang jawatan Menteri Kewangan. - Astro AWANI
Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu, beliau sudah mempunyai idea dan perancangan tentang apa yang perlu dilakukan jika berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Menurutnya, beliau telah mengkaji dan mengenal pasti beberapa perkara yang perlu diselesaikan demi kebaikan rakyat.
Katanya, beliau hanya memerlukan dua tahun untuk menggalas tanggungjawab terbabit.
"Mungkin bagi seorang Perdana Menteri baharu agak sukar untuk menyelesaikannya dalam tempoh dua tahun.
"Bagi saya yang umur dah lebih, tapi pengalaman banyak, tak payah nak belajar menyelesai masalah yang rumit. Masalah dulu pun kita dapat selesaikan," katanya dalam sesi Facebook Live 'POLICY TALK - Governans & Ekonomi' pada Rabu.
Beliau berpendapat, Perdana Menteri juga tidak harus memegang jawatan Menteri Kewangan.
Jelasnya beliau hanya memegang dua kali jawatan tersebut kerana sedang menunggu calon yang sesuai untuk menjawat jawatan itu.
"Dahulu kita tentukan perdana menteri dan timbalan berganti jawatan iaitu dalam Kementerian Hal Ehwal Keselamatan Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan kerana kedua-dua kementerian ini amat penting dalam menentukan keselamatan serta kestabilan negara," jelasnya.
Tambah beliau, Pakatan Harapan juga bakal mengecilkan jumlah menteri kabinet berbanding sekarang selaras dengan struktur perjawatan awam.
"Kita ada struktur kementerian yang mana kerja-kerja yang diperlukan boleh dilakukan oleh pegawai-pegawai.
"Jadi kita tak perlu banyak menteri, saya diberitau bahawa PH berhasrat untuk mengurangkan kepada 20 menteri sahaja," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#FB Live Tun M
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#pilihan raya umum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan