awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Organisasi bantuan beri amaran lebih banyak 'kematian beramai-ramai' di Sudan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya ibarat perempuan cantik, semua orang nak saya' - Ibrahim Ali

Hilal Azmi
Hilal Azmi
31/10/2016
12:07 MYT
'Saya ibarat perempuan cantik, semua orang nak saya' - Ibrahim Ali
IBRAHIM: Ibaratnya, saya ini seorang wanita cantik. Ramai yang ingin menjadikan saya isteri mereka tetapi saya tidak minat kepada mereka. - Gambar fail
Kredibiliti yang dimiliki Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), pada masa ini menjadikan ia pilihan beberapa pihak terutamanya ahli politik kerajaan dan pembangkang yang mahu menjalin kerjasama dengannya.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali bagaimanapun berkata, pihak-pihak terbabit kini dilihat cuba memburukkan reputasi yang ada dengan pelbagai tohmahan yang bermotif untuk menjatuhkannya selepas kerjasama itu ditolak.
"Ibaratnya, saya ini seorang wanita cantik. Ramai yang ingin menjadikan saya isteri mereka tetapi saya tidak minat kepada mereka.
"Akibat saya menolak 'cinta' mereka, saya diburukkan dengan pelbagai tohmahan," jelasnya dalam sidang media yang diadakan di ibu pejabat Perkasa pada Isnin.
Katanya lagi, matlamat perjuangan yang dibawa Perkasa adalah jelas, iaitu memperjuangkan isu berkaitan Bumiputera.
"Perebutan sesetengah parti politik ke atas Perkasa merumitkan perjuangan saya dalam menggalas kepentingan agama, bangsa dan negara," katanya.
Tambah beliau, dia mahu menjadikan Perkasa sebagai jambatan perpaduan buat semua parti politik dalam memperjuangkan hal-hal berkaitan Islam, orang Melayu dan kaum peribumi di Malaysia tanpa dipisahkan oleh ideologi politik.
Beliau turut menjawab dakwaan dalam laporan portal minggu lalu kononnya matlamat perjuangan Perkasa sama seperti Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Jelas beliau, dakwaan tersebut ternyata fitnah memandangkan gerak kerja yang dibuat Perkasa hanya berlandaskan badan bukan kerajaan.
Katanya, ada banyak perbezaan perjuangan antara kedua-dua pertubuhan berkenaan.
"Mereka memperjuangkan 'need based policy' dan kesamarataan dalam perkara yang kita tahu masyarakat pribumi banyak ketinggalan.
"Contohnya mengenai pembahagian ekonomi, isu agama, pluralisme," katanya.
Topic Berkaitan
#Ibrahim Ali
#kerajaan
#parti politik
#pembangkang
#PERKASA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan