Tutup

Saya sebagai 'midfielder' UMNO - Mohamad

Saya sebagai 'midfielder' UMNO - Mohamad
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan dirinya sebagai pemain tengah atau midfield buat parti keramat orang melayu itu.
KUALA LUMPUR : Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan dirinya sebagai pemain tengah atau midfielder buat parti keramat orang Melayu itu.

Ini kerana jelasnya, beliau berperanan sebagai individu yang mencorakkan strategi untuk parti itu lebih utuh terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) nanti.

"My nature is like that, saya tidak tergesa-gesa untuk membuat keputusan dan ketika ini yang menjadi keutamaan adalah untuk kita (UMNO) bingkas dan bangkit semula.

"Bagaimana nak bingkas dan bangkit? Kita mesti perkasakan parti serta pelbagai strategi lain yang perlu kita lakukan," katanya dalam program Agenda AWANI sempena Perhimpunan Agung UMNO 2019 yang bermula 4 hingga 7 Disember ini.

Pada masa sama, Mohamad Hasan yang lebih mesra dengan panggilan Tok Mat berkata, strategi UMNO kini adalah untuk menghadapi PRU15 nanti.

"Saya berperanan sebagai yang melihat bagaimana nak corakkan permainan, ada juga yang berperanan sebagai penyerang (striker).
"Keutamaan ketika ini adalah untuk menghadap PRU15 tetapi pada masa sama perlu perkasakan parti kita dengan strategi yang telah kita rangka," ujarnya.

Pada masa sama, Mohamad turut menyeru ahli UMNO untuk tidak lagi berada dalam kepompong lama dan membina semula imej yang tercalar selepas tewas dalam PRU14. 

Jelasnya rakyat ketika ini sudah boleh menilai yang mana baik dan yang mana buruk. 

"Apa yang penting ketika ini adalah kita berupaya untuk meyakinkan rakyat. Ternyata UMNO tidak seburuk seperti yang disangka dahulu. 

"Tetapi kerajaan ketika ini lebih teruk berbanding sewaktu UMNO memerintah, jadi saya kira ada baiknya kita kalah agar kita dapat kembalikan kepercayaan itu," katanya. 



Tag: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Pilihan Raya Umum, UMNO, Perhimpunan Agung UMNO



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.