awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya tak bercadang jadi PM untuk sepenggal, namun ... '- Tun Mahathir

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
01/08/2019
05:17 MYT
'Saya tak bercadang jadi PM untuk sepenggal, namun ... '- Tun Mahathir
Tun Mahathir akan melepaskan jawatan itu apabila diyakini Malaysia dalam keadaan yang baik dan stabil. - fotoBERNAMA
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan beliau akan tetap memegang janjinya untuk memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, biar pun ada permintaan agar beliau terus kekal sepenggal.
Mengulangi janji itu, Tun Mahathir bagaimanapun berkata, beliau akan melepaskan jawatan itu apabila diyakini Malaysia dalam keadaan yang baik dan stabil.
"Saya telah berjanji akan melepaskan jawatan apabila keadaan negara semakin baik. Mungkin dua tahun, mungkin tiga tahun tetapi kami sedang berusaha untuk melakukannya.
"Kecualilah ada pihak menolak saya ke satu sudut, letakkan pistol ke kepala saya dan ugut saya agar habiskan satu penggal. Saya akan tunaikan janji saya," kata Tun Mahathir dalam sidang media selepas Persidangan Meja Bulat bersama Komuniti Dewan Perniagaan Antarabangsa, yang berlangsung di PICC pada Khamis.
Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyokong kenyataan PAS dan Umno agar beliau kekal sebagai perdana menteri selama selama sepenggal, iaitu sehingga pilihan raya umum yang akan datang.
Tun Mahathir berkata apa yang dikatakan Mohamed Azmin adalah pandangan peribadinya, namun dalam masa yang sama tetap akan berpegang janji.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Azmin Ali
#Mahathir Mohamad
#Malaysia Baharu
#PAS
#Perdana Menteri
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#PKR
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan