Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak akan bersara dari arena politik, sebaliknya bekas perdana menteri itu berjanji akan kembali sekiranya rakyat masih mahukannya.
Dr Mahathir, 94, berkata sekiranya berlaku kepincangan dalam kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ini, beliau akan kembali semula kerana masih ramai pihak yang tampil berjumpa dengannya.
"Sekarang pun mereka datang jumpa saya. Saya beritahu mereka, saya sudah tua, berusia 94 tahun, tetapi mereka kata mereka tak nampak ada orang (lain) yang berpengalaman.
"Saya mempunyai pengalaman sebagai PM selama bertahun-tahun, dan saya belajar sesuatu, jadi mereka merasakan saya dapat menyelesaikan banyak masalah,“ katanya ketika ditemubual oleh Nikkei Asian Review di Putrajaya.
BACA: Walaupun bukan lagi PM, saya tetap ingin pulihkan nasib orang Melayu - Tun Mahathir
BACA: Tun Mahathir tidak peduli bagaimana dirinya akan dikenang
Beliau turut mengakui akan terus menjadi Ahli Parlimen Langkawi sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Dr Mahathir yang baru meletak jawatan tiga minggu lalu turut mengakui bahawa beliau adalah seorang yang tidak senang melihat pemimpin negara melakukan kesilapan.
"Saya tidak boleh melihat kerajaan yang melakukan sesuatu yang salah. Saya rasa saya mempunyai kewajipan untuk melakukan sesuatu,“ katanya.
Ditanya samada beliau akan turut menawarkan diri pada PRU15 nanti, Dr Mahathir berkata dia akan melakukannya jika itu apa yang rakyat mahukan, walaupun secara peribadi beliau beranggapan sebaliknya.
“Jika anda bertanya kepada saya, saya tidak mahu melakukannya kerana pada masa itu saya akan berusia 98 tahun,” katanya lagi.
Astro Awani
Thu Mar 12 2020
Dr Mahathir turut mengakui akan terus menjadi Ahli Parlimen Langkawi sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. - Gambar fail/Astro AWANI
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
'Jemput' Teresa Kok ke Langkawi, Mohd Suhaimi didakwa komen lucah
Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) didakwa mengeluarkan perkataan yang melanggar peraturan ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat pada Khamis.
'Tun M, belajarlah dari pengalaman ... hilang deposit' - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya yang meramalkan Perikatan Nasional (PN) mampu meraih kemenangan 5-1 dalam PRN pada 12 Ogos ini.
Tun Mahathir dibenar keluar dari IJN
Dr Mahathir dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara pada pukul 8.40 pagi ini.
Tun Mahathir puji kadar vaksinasi negara, cadang naikkan ke 800,000 dos sehari
Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat kadar vaksinasi negara perlu ditingkatkan kepada 800,000 dos sehari.
Dr Mahathir naik Proton X70 masuk Istana Negara
Tatkala pemimpin lain menaiki kereta mewah keluaran luar negara memasuki Istana Negara, Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sebaliknya.
Langgar SOP: Polis Langkawi siasat Tun Mahathir
Pihak polis akan menjalankan siasatan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad atas kesalahan tidak mematuhi SOP ketika menghadiri sebuah program di Langkawi, 8 Mei lalu.
Kerajaan PN lemah punca laksana darurat - Tun M
Menurutnya, ini memandangkan peraturan sedia ada seperti beberapa perintah kawalan yang dilaksanakan sebelum ini sudah cukup untuk menangani penularan wabak COVID-19.
Pelancong sihat wajar dibenarkan melancong ke Langkawi - Dr Mahathir
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sekarang adalah masa yang sesuai membenarkan pelancong-pelancong sihat untuk melawat Langkawi.
Kerajaan PN bangunkan negara demi rakyat, bukan untuk kroni - Abdul Rahman
Abdul Rahman Mohamad berpandangan kerajaan Perikatan Nasional semasa melakukan sehabis baik demi rakyat.
Pelaksanaan cukai rokok bakal beri kesan kepada kehadiran pelancong - Tun M
Pelaksanaan cukai rokok dan bahan tembakau di kawasan bebas cukai seperti Langkawi bakal memberi kesan kepada kehadiran pelancong pada masa hadapan.