awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
Proses pengundian PRU Jepun bermula
Dua letupan kecil dalam operasi kebakaran tanah gambut di Muar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya tidak akan 'merayu' untuk terus berada di Sarawak - Azmin

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
30/04/2016
06:26 MYT
Saya tidak akan 'merayu' untuk terus berada di Sarawak - Azmin
Azmin ketika berucap sewaktu berkempen di Dun N19 Mambong untuk calon PKR, Willie Mongin di Kuching hari ini. - Foto Astro AWANI / Hafiz Marzukhi
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Mohd Azmin Ali berkata beliau tidak akan 'merayu' kepada sesiapa untuk berada di Sarawak termasuk Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, untuk tujuan berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 Sarawak.
"Ini hak saya. Kenapa nak bermusuh dengan saya?
"Sepatutnya yang menjadi musuh adalah perompak dan perasuah," kata Azmin ketika berucap sewaktu berkempen di Dun N19 Mambong untuk calon PKR, Willie Mongin di sini hari ini.
Azmin merujuk kepada kenyataan daripada pejabat Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem yang menyatakan Azmin boleh dibenarkan berada lebih lama di Sarawak sekiranya membuat permintaan.
Beliau yang juga Menteri Besar Selangor tiba di Kuching pada Jumaat untuk berkempen bagi PKR.
Bagaimanapun pihak Imigresen Sarawak hanya membenarkan untuk beliau berada di negeri itu sehingga 2 Mei ini.
Kenyataan dari pejabat Ketua Menteri itu turut berkata Adenan pernah sebelum ini membenarkan lanjutan tempoh untuk tinggal di negeri itu namun ia berdasarkan kepada sesuatu kes itu dan sekiranya ada permintaan rasmi.
Selain Azmin, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang turut tiba semalam hanya dibenarkan tinggal di negeri itu sehingga 5 Mei ini.
Sarawak yang mempunyai Akta Imigresennya sendiri, pada kebiasaannya membenarkan rakyat Malaysia bukan dari Sarawak untuk tinggal di negeri itu sehingga 90 hari.
Semalam PKR Sarawak mempersoalkan tindakan kerajaan negeri untuk menghadkan tempoh untuk Azmin berada di Sarawak.
Pengarah Bilik Gerakan Utama PKR Sarawak Lynette Tan berkata itu merupakan satu penyalahgunaan Akta Imigresen sedia ada.
Ketika ini sedang berlangsung kempen PRN Sarawak bagi memilih 80 lagi wakil Dun. Dua kerusi telahpun dimenangi Barisan Nasional pada hari penamaan calon.
Proses pengundian bakal berlangsung 7 Mei nanti.
Topic Berkaitan
#Adenan Satem
#Azmin Ali
#Barisan Nasional
#BN
#DAP
#pilihan raya Sarawak
#PKR
#PRN-11
#sarawak2016
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan