awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS susulan jangkaan OPR kekal
Bekas PTD, isteri tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur
UCL: Gol tunggal Caicedo bantu Chelsea tundukkan Pafos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya tidak campuri urusan PKR - Dr Mahathir

Bernama
Bernama
02/08/2018
14:10 MYT
Saya tidak campuri urusan  PKR - Dr Mahathir
Dr Mahathir menolak dakwaan beliau dan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempunyai perancangan menjatuhkan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar fail
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencampuri urusan dalaman PKR.
Dr Mahathir sekaligus menolak dakwaan beliau dan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempunyai perancangan menjatuhkan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Pernahkah anda melihat yang bercakap buruk tentang Anwar atau Azmin atau orang lain? Ini parti mereka. Saya tak campur tangan," katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pakatan Harapan di sini hari ini.
Dalam rakaman audio yang tular di media sosial itu hari ini, suara yang didakwa milik Anwar dalam rakaman itu mengutuk keras hubungan baik antara Azmin dan Dr Mahathir.
Dalam rakaman itu, individu berkenaan turut mempersoalkan tindakan melantik Perdana Menteri sebagai pengerusi Khazanah Nasional Bhd yang baharu.
Dalam perkembangan sama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri Anwar ketika ditemui pemberita menafikan suara dalam rakaman audio itu milik suaminya.
"Itu tidak, memang tak betul... Saya ada tanya dia, sudah pasti bukan suara suami saya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Azmin Ali
#Mahathir Mohamad
#pemilihan
#Perdana Menteri
#PKR
#Timbalan Perdana Menteri
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan