awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dari bilik darjah desa ke pentas dunia, tiga murid Orang Asli raih emas robotik antarabangsa
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya tidak keseorangan - Najib

Linawati Adnan
Linawati Adnan
23/04/2015
05:41 MYT
Saya tidak keseorangan - Najib
Najib percaya beliau dikelilingi "rakan-rakan yang baik" - Gambar Fail
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberikan reaksi yang cukup berdiplomasi terhadap kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan beliau keseorangan dalam menyatakan kebenaran terhadap masalah yang dihadapi pentadbiran Najib.
Dalam ucaptamanya di Invest Malaysia 2015 sebentar tadi di Hotel Mandarin Oriental, Najib berkata:
"Sejak kebelakangan ini, timbul kenyataan yang mengatakan adakalanya anda akan keseorangan sekiranya bercakap mengenai kebenaran. Tetapi, saya berani untuk mengatakan kepada anda semua yang saya tidak berseorangan berdiri di hadapan anda semua hari ini!"
"Dan ketika banyak organisasi, individu dan badan-badan luar yang dihormati di peringkat antarabangsa menyatakan keyakinan dan kepercayaan terhadap kejayaan Malaysia dan meletakkan negara kita di tempat yang begitu tinggi, saya langsung tidak rasa keseorangan. Malah saya rasa saya dikelilingi oleh rakan-rakan yang baik!," tambah Najib.
"Saya juga yakin, dengan kestabilan dan pembangunan Malaysia di bawah pentadbiran kerajaan, saya boleh mengharapkan sokongan anda semua dalam tahun-tahun yang akan datang," katanya.
Dr. Mahathir baru-baru ini meluahkan kekecewaannya dalam laman blog miliknya (www.chedet.cc), dengan mengatakan beliau bersendirian dalam melontarkan kritikan ke atas pentadbiran kerajaan yang diketuai Najib.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dilanda kemelut hutang dan sehingga kini masih tiada jawapan, selain turut menyentuh isu pembunuhan model dan penterjemah dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Najib Tun Razak
#Tun Dr Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan