Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui masih diselubungi dengan rasa marah dengan tindakan PAS yang didakwanya mengkafirkan beliau.
Menurut Dr Mahathir, tindakan kafir-mengkafir ini menjadi punca perpecahan dalam kalangan Melayu Islam di Malaysia.
Berikut reaksi mantan perdana menteri itu terhadap kenyataan yang dibuat Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dipetik daripada entri terbaharu di blognya chedet.cc:
1. Saya berasa sedih membaca rencana jawapan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap ulasan saya berkenaan Parti PAS. Saya hormati Tuan Ibrahim sebagai satu-satunya pemimpin PAS yang rasional. Tetapi jawapannya tidak sedikit pun menyentuh perkara utama yang dibangkitkan dalam rencana saya.
2. Sesungguhnya saya tidak marah jika saya dipanggil penyangak, penyamun, diktator dan sebagainya. Saya tidak harap musuh politik saya memanggil saya dengan nama baik. Jika mereka membuat demikian tentulah sukar bagi mereka menentang saya.
3. Tetapi yang saya sedih dan marah ialah apabila PAS mengkafirkan saya dan semua orang Melayu yang tidak sokong PAS. Perbuatan ini dilarang oleh agama Islam. Dan mereka yang dikafir marah dan kecewa didakwa mereka tidak Islam.
4. Tuan Ibrahim tidak menyentuh perkara ini sama sekali. Sebaliknya Tuan Ibrahim hanya melempar berbagai kata kesat kepada saya. Ini bermakna Tuan Ibrahim bersetuju dengan dakwaan PAS bahawa saya dan lain-lain orang Melayu yang tidak menyertai PAS adalah kafir. Yang tidak menyertai PAS ini ramai. Raja-raja kita pun tidak menyertai PAS. Sudah tentu orang Islam yang seramai 1.7 bilion diseluruh dunia, mengikut dakwaan PAS adalah kafir.
5. Pengkafiran inilah yang memecahbelah orang Melayu Islam yang semua percaya dan mengikut amalan agama Islam yang sama dan mengucap dua kalimah syahadah dan berada dalam mazhab Ahlul Sunnah Wal Jamaah, berimam kepada Imam Shafei.
6. Yang saya katakan ialah sebelum adanya PAS tidak ada perpecahan disebabkan kelainan agama di kalangan orang Melayu Islam. Hanya apabila PAS ditubuh dan mengkafirkan orang yang tidak menyertai parti politik PAS, barulah orang Melayu Islam berpecah sehingga tidak terima nikah ibu bapa, bersembahyang dua imam, berkuburan berasingan dan bermusuh ketat antara orang PAS dengan orang bukan PAS.
7. Kenyataan saya ini tidak boleh dipertikai oleh sesiapa. Bolehkah Tuan Ibrahim nafi perpecahan ini berlaku, dan ianya berlaku kerana PAS menidakkan Islamnya orang UMNO dan juga orang lain yang tidak menyertai PAS.
8. Saya berada di zaman sebelum PAS ditubuh. Ada kaum muda dan kaum tua. Tetapi tidak ada perpecahan antara orang Melayu kerana agama. Sudah tentu tidak ada sembahyang dua imam, perkuburan berasingan dan lain-lain.
9. Soal mengkafir ini hanya berlaku apabila PAS ditubuh dan PAS kafirkan orang UMNO terutamanya kerana UMNO bekerjasama politik dengan orang bukan Islam.
10. Kemudian PAS bekerjasama dengan DAP. Tetapi PAS dakwa ini tidak menjadikan PAS kafir. Kerjasama PAS diberi nama “tahaluf siyasi” perkataan Arab yang bermakna “kerjasama politik”. Hanya dengan mengguna Bahasa Arab tidak menjadikan perbuatan PAS itu Islam.
11. Oleh kerana Tuan Ibrahim tidak sentuh soal mengkafir orang yang bukan ahli PAS, dibawah ini saya kemukakan soalan-soalan berkenaan perkara ini supaya Yang Berbahagia Tuan Ibrahim dapat faham kandungan utama rencana saya.
i) Apakah Tuan Ibrahim percaya bahawa sesiapa yang tidak menyertai PAS tidak Islam.
ii) Apakah orang Melayu kafir sebelum adanya PAS.
iii) Apakah ibubapa orang PAS kafir kerana dilahir sebelum adanya PAS.
iv) Apakah PAS tidak kafir apabila bekerjasama politik dengan DAP.
v) Mengikut PAS, UMNO kafir. Jika PAS bekerjasama dengan UMNO apakah PAS menjadi kafir.
vi) Amanat Hadi dakwa pemerintahan Malaysia kafir dan melawan dengannya adalah jihad dan kematian dalam perlawanan ini menjadikan si mati syahid. Apakah Tuan Ibrahim terima dakwaan dalam amanat Hadi?
vii) Jika pemerintahan yang didirikan oleh UMNO dahulu kafir, apakah pegawai-pegawainya, termasuk mufti dan orang-orang yang dipimpin dan dinasihat oleh mereka kafir.
viii) Apakah Tuan Ibrahim percaya 14 pengikut Ibrahim Libya mati syahid dah 4 orang polis mati sebagai orang kafir yang bekerja dengan Kerajaan kafir?
12. Soal saya dalam rencana ini jelas. Memaki saya, iaitu saya ini perompak dan penyamun, mencerita berkenaan kezaliman saya dan bermacam lagi tidak sedikitpun menimbul kemarahan saya. Memanglah musuh saya tidak akan puji saya. Membuat tuduhan yang tidak berasas memang cara musuh untuk menang dalam pilihanraya.
13. Tetapi mengkafirkan saya tidak boleh saya terima. Ia dilarang oleh Islam, dilarang dalam Al-Quran. Ia berdosa dan orang yang mengkafirkan orang Islam, akan dapati dakwaan mereka akan kembali kepada mereka. Ini yang dijanji dalam Al-Quran.
14. Tidak perlu dakwa saya tidak berbahasa Arab. Tidak perlu kata saya bukan orang agama, tidak berijazah dalam agama Islam.
15. Tetapi soalnya apakah orang yang terpelajar dalam agama Islam seperti Tuan Ibrahim, orang yang mendakwa diri mereka ulama, apakah mereka terima dakwaan PAS bahawa orang yang tidak menyertai PAS menjadi kafir. Jika mereka terima maka bukan sahaja orang UMNO, dan sekarang ini orang Parti Pribumi Bersatu Malaysia, yang kafir, mufti-mufti Kerajaan dan Raja-raja Melayu turut jadi kafir. Jika tidak PAS, Tuan Ibrahim sendiri boleh buat kenyataan bahawa dalam dunia ini hanya mereka yang menyertai PAS sahaja yang beragama Islam. Apabila seseorang memasuki agama Islam, maka ia mesti sebut keahlian dalam PAS sebelum ia diterima memeluk agama Islam.
16. Tak usah lari dari soal pengkafiran ini. Jelaskan dengan tegas benar atau tidak orang yang tidak menyertai PAS kafir.
Astro Awani
Mon Sep 18 2017
DR MAHATHIR: Yang saya sedih dan marah ialah apabila PAS mengkafirkan saya dan semua orang Melayu yang tidak sokong PAS. -Gambar fail
Kemana hala tuju pendidikan negara kalau asyik ditukar-tukar? – Pakar
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seharusnya meletakkan garis masa keberkesanan sesebuah insiatif pendidikan.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Seludup barang bersubsidi lebih aktif ketika Ramadan, Syawal
Antara barangan dirampas adalah minyak masak pelbagai jenama dan beras yang disyaki dibawa keluar untuk dijual di negara jiran.
JTKSM akan siasat isu aduan melibatkan pelanggaran undang-undang buruh
Jelas Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong, piagam pelanggan JTKSM bagi menyiasat dan memaklumkan hasil setiap siasatan aduan adalah 21 hari bekerja daripada tempoh aduan.
Isu stoking: Pihak berkuasa digesa ambil tindakan tegas - Pemangku Sultan Johor
Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim bertitah, Kalimah Allah adalah kalimah suci yang sangat tinggi di hati umat Islam.
Wooi Yik akui Fajar-Rian beraksi lebih baik
Biarpun beberapa kali menukar taktikal permainan, namun Wooi Yik mengakui, pukulan balas berkualiti lawan menyukarkan mereka.
Model baharu GPT dilancar tahun ini - CEO OpenAI
Sam Altman berkata model baharu itu nanti akan menawarkan sesuatu yang jauh lebih baik berbanding GPT-4.
Skim baharu penstrukturan beras, padi negara akan diumumkan dalam tempoh terdekat
Jelas Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu hal itu kerana pengeluaran beras putih tempatan hanya 62 peratus di negara ini dan 50 peratus sahaja diedarkan ke pasaran.
Telegram meraih dana AS$330 juta melalui jualan bon
CEO Telegram menyatakan permintaan bon Telegram adalah tinggi, dan ia telah dilanggan lebih tinggi berbanding sasaran.
Kadar bantuan kepada pesawah terjejas adalah RM876 per hektar
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pemberian bantuan kewangan kepada pesawah padi yang terjejas tertakluk pada penilaian yang dilakukan oleh Jawatankuasa Penilaian Teknikal Tabung Bencana Tanaman Padi
'Henti guna kafir, zionis, yahudi di Dewan Rakyat' - Speaker
Tan Sri Johari Abdul menegur Ahli Parlimen supaya tidak mengungkapkan perkataan-perkataan sensitif seperti kafir, zionis dan yahudi di Dewan Rakyat.
Kenapa ulama Pas 'takut' nak tegur wanita kafirkan penyokong UMNO, soal Razlan
Pengundi tidak seharusnya dimomokkan dengan agama apatah lagi dengan sentimen kalau tidak mengundi Pas, mereka akan menjadi kafir.
Jangan sesuka hati keluar 'fatwa' gelar suspek syahid, polis kafir - KPN
Tindakan beberapa individu yang mengeluarkan "fatwa" berlandaskan kefahaman sendiri dan melabelkan suspek sebagai "syahid" serta "polis kafir" adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.
'Bukti penyatuan ummah berkesan' - Takiyuddin
Tindakan pihak tertentu cuba merosakkan hubungan Pas-UMNO menunjukkan kebimbangan mereka terhadap potensi besar bakal dikecapi hasil kerjasama dua parti Melayu itu.
Isytihar dahulu UMNO Islam, mesej Tun M kepada Pas
Beliau dalam nada sinis berkata sejak dahulu lagi Pas mengisytihar UMNO sebagai kafir dan kenyataan itu dilihat belum ditarik balik oleh parti Islam tersebut.
"Jangan menuduh orang sambut Hari Ibu sebagai kafir kerana ..." - Ini penjelasan PU Azman
Pencetus Ummah (PU) Azman tampil menjelaskan kekeliruan yang sering melanda orang ramai terutamanya yang beragama Islam dalam menyambut sambutan Hari Ibu.
Bukan Islam di Indonesia tidak lagi digelar 'kafir'
Cadangan mengharamkan menyebutkan warga Indonesia bukan Islam sebagai kafir tidak menghapus istilah itu dalam Al-Quran atau hadis, sebaliknya ia sikap teologis NU mengenai isu itu ketika ini.
LGBT berdosa tapi tak jadikan mereka kafir: Dr MAZA
Menurut Mufti Perlis, homoseksual merupakan satu dosa namun ia tidak menjadikan pelakunya terkeluar daripada Islam dan kadar dosa mereka hanya diketahui Allah.
Elak tudung corak 'dreamcatcher' - Mufti Wilayah
Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, dreamcatcher pada asalnya satu alat yang menjadi kepercayaan kuno penduduk asli Amerika.
'Saya dilarang bercakap agama, tetapi saya ada hak untuk bertanya' - Tun M
Susulan dari itu ingin saya tanya lagi. Duit yang dicuri bolehkan dihalalkan, soal Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya, chedet.cc hari ini.