awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya tidak pernah isi borang permohonan, apatah lagi sertai PKR' - Richard Riot

Astro Awani
Astro Awani
01/03/2020
05:01 MYT
'Saya tidak pernah isi borang permohonan, apatah lagi sertai PKR' - Richard Riot
Richard yang juga Timbalan SUPP menegaskan, beliau juga tidak memohon sekali gus mengisi borang permohonan menyertai PKR. - Gambar fail
Ahli Parlimen Serian, Datuk Seri Richard Riot Jaem mengesahkan beliau tidak punyai keinginan untuk memohon menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan masih kekal sebagai ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
Richard yang juga Timbalan SUPP menegaskan, beliau juga tidak memohon sekali gus mengisi borang permohonan menyertai PKR.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan ada bercakap dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kira-kira pukul 3.30 petang Sabtu.
"Perbualan dengan Anwar kurang daripada seminit dan Anwar bertanya saya 'Adakah saya bersama beliau (menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad)... saya jawab 'iya'.
"Perbualan itu tiada sangkut paut dengan saya menyertai PKR tetapi lebih kepada sokongan kepada Tun Dr Mahathir. Ya benar, saya menyokong Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Tegas Richard, beliau masih lagi ahli SUPP dan GPS.
Mengulas mengenai pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-8, Richard berkata, sebagai rakyat Malaysia beliau menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
"Saya berharap selepas ini pimpinan kerajaan baru kurang berpolitik sebaliknya memberi tumpuan kepada memperbaiki keadaan ekonomi negara agar Malaysia terus gah di mata dunia," katanya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#ekonomi
#Muhyiddin Yassin
#Muhyiddin Yassin PM ke-8
#MY 2020
#MY2020
#Parti Keadilan Rakyat
#Richard Riot Jaem
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan