awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sedia lepas jawatan MB, Azmin fokus pembangunan demi rakyat

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
19/05/2018
08:11 MYT
Sedia lepas jawatan MB, Azmin fokus pembangunan demi rakyat
AZMIN: Keutamaan kami tentunya projek yang memberi manfaat kepada rakyat.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersedia melepaskan jawatan tersebut untuk menggalas tanggungjawab baharu di peringkat kerajaan Persekutuan.
Ia adalah susulan pelantikan beliau sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi seperti yang dinamakan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Perdana Menteri ada menyebut beberapa kali bahawa beliau mahu saya memainkan peranan di peringkat Persekutuan, tapi beliau tidak sebut secara khusus portfolio yang beliau mahu saya pegang.
"Kehadiran saya hari ini adalah untuk membincangkan tentang peranan saya di bawah kementerian baharu ini dan beliau telah menerangkan secara terperinci.
"Pastinya kami perlu bekerja keras merangka polisi dan strategi kerana kementerian ini sebuah kementerian baharu, jadi kami memerlukan satu pasukan yang kuat," katanya.
Mengakui terkejut dengan pelantikan itu, Azmin memaklumkan beliau terlebih dahulu perlu menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafudin Idris Shah, sebelum menamakan pengganti beliau sebagai Menteri Besar.
Ditanya perancangannya sebaik memulakan tugas, Azmin meletakkan fokus kepada pelaksanaan projek yang memberi manfaat kepada rakyat, antaranya projek pembangunan perumahan awam.
"Keutamaan kami tentunya projek yang memberi manfaat kepada rakyat. Antaranya ialah projek perumahan awam kerana kami di Selangor ada pengalaman yang baik menguruskan projek seumpama ini, dan saya mahu melihat ia dilaksanakan di peringkat Persekutuan pula," kata beliau ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan hampir dua jam dengan Perdana Menteri di Yayasan Perdana di sini, hari ini.
Azmin antara nama yang diumumkan sebagai salah seorang Menteri Kabinet oleh Perdana Menteri, pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Menteri Besar
#Menteri Hal Ehwal Ekonomi
#Mohamed Azmin Ali
#pentadbiran
#peringkat persekutuan
#portfolio
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan