awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
6 maut, ramai cedera dalam letupan kilang mercun di selatan India
MALAYSIA
Lelaki nyaris maut, pikap terkena tembakan di hadapan sekolah
MALAYSIA
PM arah kedutaan segera bantu seorang rakyat Malaysia yang terkandas di Itali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

POLITIK

Selangor tarik balik gelaran 'Datuk Seri' Anwar Ibrahim

Astro Awani
Astro Awani
04/12/2014
03:17 MYT
Selangor tarik balik gelaran 'Datuk Seri' Anwar Ibrahim
Selangor telah menarik balik gelaran "Datuk Seri" Anwar selepas ketua pembangkang itu mempersoalkan kewibawaan dan kuasa Sultan Selangor dan Institusi Raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan menteri besar di negara itu.
Darjah Kebesaran yang membawa gelaran "Datuk Seri" yang diberikan kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim telah ditarik balik berkuatkuasa 3 November lalu.
Dalam satu kenyataan, pihak Istana berkata darjah kebesaran itu ditarik balik "berasaskan kepada tindakan dan perlakuan beliau sejak akhir tahun 2013 yang mempersoalkan kewibawaan dan kuasa DYMM Sultan Selangor dan Institusi Raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor."
"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah berunding dengan Dewan di-Raja Selangor telah memutuskan bahawa Darjah Kebesaran Dato' Seri yang dikurniakan kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah ditarik balik berkuatkuasa 3 November 2014 selaras dengan kuasa Baginda sebagai sumber bagi segala Penghormatan dan Kebesaran dan negeri Selangor sertu kuasa untuk menurunkan Darjah Kebesaran sepertimana yang diperuntukkan di bahawa Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959," kata Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan.
Darjah Kebesaran Dato Sri Setia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A) dikurniakan kepada Anwar pada tahun 1992.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Datuk Seri
#gelaran
#Sultan Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami