awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas Bersatu, Azmin didakwa akan sertai Gerakan pula

Astro Awani
Astro Awani
25/07/2019
11:45 MYT
Selepas Bersatu, Azmin didakwa akan sertai Gerakan pula
Mohamed Azmin didakwa akan menyertai Parti Gerakan dalam masa terdekat. -Gambar fail
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dijangka akan menyertai Parti Gerakan dalam masa terdekat, lapor Utusan Malaysia.
Laporan yang memetik sumber itu mendakwa Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu mengambil langkah berkenaan berikutan pergeseran beliau dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang semakin meruncing berikutan tersebar video aksi intim yang dikaitkan dengan Mohamed Azmin.
Dilaporkan Ahli Parlimen Gombak itu masih berbincang dengan kepimpinan Parti Gerakan berhubung perkara itu.
Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, Parti Gerakan mengumumkan keluar dari Barisan Nasional (BN) dan sehingga kini belum menyertai mana-mana gabungan.
Sebelum ini, tersebar mesej menerusi aplikasi WhatsApp kononnya Mohamed Azmin akan membawa 10 pemimpin PKR menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam masa terdekat.
Namun, setiausaha politiknya Hilman Idham menafikan perkara berkenaan dan menyifatkan cakap-cakap bahawa Menteri Azmin akan meninggalkan PKR merupakan satu fitnah yang dilakukan oleh mereka yang kalah.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Azmin Ali
#Bersatu
#GERAKAN
#Hilman Idham
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan