awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua perbincangan MPT Bersatu akan didedahkan Jumaat - Hamzah

Isabelle Leong
Isabelle Leong
04/06/2020
16:59 MYT
Semua perbincangan MPT Bersatu akan didedahkan Jumaat - Hamzah
Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata semua perbincangan dan persoalan pada mesyuarat MPT di Kelab Rumah Pertubuhan Alumni Universiti Malaya (PAUM) akan diketahui pada sidang media berkenaan. - Astro AWANI
Perincian mengenai mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Khamis malam akan didedahkan pada satu sidang media pada esok (Jumaat).
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata semua perbincangan dan persoalan pada mesyuarat MPT di Kelab Rumah Pertubuhan Alumni Universiti Malaya (PAUM) akan diketahui pada sidang media berkenaan.
“Esok (Jumaat) saya akan mengadakan satu sidang media.
“Perbincangan kami sangat panjang dan satu persatu akan saya jelaskan esok, lebih mudah.
“Masa (sidang media) akan dimaklumkan esok,” kata ketika ditemui pemberita di luar PAUM selepas mesyuarat.
BACA: Mesyuarat MPT Bersatu: Empat MPT protes, tinggalkan mesyuarat lebih awal
Terdahulu, Pengerusi Bersatu merangkap Pemangku Pengerusi Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba pada 8.25 malam di bagi mempengerusikan mesyuarat.
Beliau dilihat meninggalkan perkarangan PAUM pada sekitar pukul 11.40 malam.
Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang ditemui juga berkata mesyuarat yang diadakan berlangsung dalam keadaan harmoni dan semua ahli MPT memberikan sokongan kepada Muhyiddin.
Di samping itu, Ahli MPT Datuk Seri Redzuan Md Yusof yang ditemui juga senada dengan Faizal dan berkata mesyuarat tergempar tersebut dibuat secara baik.
“Saya rasa gabungan Perikatan Nasional sangat stabil," katanya.
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#Bersatu
#Hamzah Zainuddin
#Mesyuarat MPT Bersatu
#Muhyiddin Yassin
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#PAUM
#Setiausaha Agung Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan