Sengat slogan 'Sabah for Malaysia' dilihat lebih berbisa berbanding slogan 'Sabah for Sabahan' yang dilaungkan pembangkang di negeri ini.
Calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Sepanggar Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyifatkan, slogan 'Sabah for Sabahan' tidak mampu menjadikan Sabah sebagai sebuah negeri yang mempunyai kuasa politik yang besar di Malaysia.
Sebaliknya, kata beliau, slogan 'Sabah for Malaysia' yang dilaungkan BN pula mampu menjadikan kuasa politik Sabah lebih kuat kerana ia bukan hanya memfokuskan politik di negeri ini tetapi merangkumi keseluruhan kuasa politik di seluruh negara.
"Slogan 'Sabah for Sabahan' hanya mengehadkan kebolehan kita untuk maju ke hadapan, kita tidak mahu jadi sekadar 'jaguh kampung'.
"Sementara itu, slogan 'Sabah for Malaysia' pula membawa maksud yang kita akan terus mempertahankan hak Sabah dan yang paling penting kita mahu Sabah menjadi sebahagian daripada kuasa politik yang besar dan memainkan kuasa penentu di negara ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media, semasa kempen Pilihan Raya di kediaman calon BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam Datuk Johnny Goh, hari ini.
Beliau turut menyatakan, slogan 'Sabah for Sabahan' yang sering dilaungkan Parti Warisan Sabah (Warisan) adalah slogan yang ditiru daripada parti komponen di Sabah.
Tambah Abdul Rahman, Warisan dilihat tidak mempunyai kemampuan untuk menterjemahkan maksud sebenar slogan itu dalam perjuangan mereka kerana hanya meniru slogan dan mengguna pakai slogan yang bukan dicipta oleh parti itu.
Bagi kerusi Parlimen P. 171 Sepanggar menyaksikan pertembungan empat penjuru yang dibarisi Abdul Rahman ditentang calon Warisan, Datuk Azis Jamman, Robert Sopining daripada Parti Cinta Sabah (PCS) dan Jeffrey Kumin daripada gabungan Sabah.
Ruzaini Zulkepli
Sun May 06 2018
Abdul Rahman (tiga, kiri) bersama Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (tengah) semasa kempen Pilihan Raya di kediaman calon BN di DUN Inanam Datuk Johnny Goh di sini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
Gandingan dengan Abdul Rahman mampu perkukuh UMNO Sabah - Bung Moktar
Menurut Bung Moktar, beliau boleh bekerjasama dan suka digandingkan dengan Abdul Rahman.
Kesesakan tol RFID: Semua pihak terlibat dipanggil berbincang - Nanta
Beliau menerima aduan melalui Twitter Abdul Rahman Dahlan berkaitan perkara itu yang dipanjangkan kepada Anthony Loke.
PRU15: Rahman Dahlan kembali, Mohamad Alamin kekal di Kimanis
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu diletakkan di kerusi Parlimen Kota Belud.
Agenda belum selesai, Abdul Rahman Dahlan mahu kembali ke Kota Belud
Abdul Rahman berhasrat membangunkan Kota Belud yang mempunyai potensi cukup besar dalam pelbagai aspek terutamanya dalam konteks pendidikan dan pertanian.
PRU15: Abdul Rahman tawar diri jadi calon Parlimen
Ia bergantung kepada keputusan parti dan Abdul Rahman berkata beliau akan patuh dengan sebarang keputusan mengenainya.
'Akhirnya, UMNO tetap dengan solidariti, setiakawan'
Abdul Rahman berkata, perbincangan mesyuarat yang mengambil masa selama tiga jam itu telah berjaya diselesaikan dengan baik.
Dua Ketua UMNO Bahagian letak jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti
Abdul Rahman dan Shah Headan Ayoob letak jawatan selaras dengan ketetapan yang telah diputuskan di dalam MKT UMNO pada 3 Ogos lepas.
Audio tular: MKT UMNO tidak boleh dilihat tamak haloba - Penganalisis
Setiap pemimpin tertinggi UMNO harus mengelak daripada dilihat tamak haloba dan mengenepikan nasib rakyat ketika negara sedang melalui fasa kritikal memerangi COVID-19.
PAU2020: Kerjasama Bersatu dan UMNO hanya bawa ketidakstabilan politik - Rahman Dahlan
Kerjasama diantara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya akan menyaksikan ketidakstabilan politik berlaku di negara ini.
PRN Sabah: Muhyiddin umum Gabungan Rakyat Sabah
Gabungan itu terdiri daripada kerjasama antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).