Selepas dibubarkan sementara oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) hari ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sehingga kini.

Namun, menerusi akaun Twitter rasmi PPBM, @PPBMofficial, parti itu memuat naik satu kenyataan pendek berbunyi:


Difahamkan, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Terdahulu, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Surayati Ibrahim berkata pembubaran sementara itu adalah dibawah Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan 1966 akibat tidak memenuhi syarat.

Bagaimanapun, kata Surayati, PPBM masih boleh membuat rayuan kepada RoS.