awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MBSB IB jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.3 peratus pada 2026
Zelenskyy lantik ketua risikan tentera terajui pentadbiran Presiden dalam rombakan besar
Trump rancang ubah suai ‘padang golf Presiden’ walaupun belum pernah bermain di situ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setia kepada Azmin, lebih 500 ahli PKR Kelantan keluar parti

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
26/02/2020
12:41 MYT
Setia kepada Azmin, lebih 500 ahli PKR Kelantan keluar parti
Ketua Cabang Ketereh, Ab Aziz Ab Kadir berkata, tindakan yang dilakukan ini susulan pemecatan bekas timbalan presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas naib presiden PKR, Zuraida Kamaruddin. - Astro AWANI
Lebih 500 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan membabitkan tiga cabang bertindak keluar dari parti berkenaan petang tadi.
Ia melibatkan ahli dan pimpinan dari Cabang Kubang Kerian, Rantau Panjang dan Ketereh.
Ketua Cabang Ketereh, Ab Aziz Ab Kadir berkata, tindakan yang dilakukan ini susulan pemecatan bekas timbalan presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas naib presiden PKR, Zuraida Kamaruddin.
“Saya telah memilih untuk setia kepada timbalan dan naib presiden yang dipercayai dengan istiqamah menurut hala tuju mereka kerana hingga saat ini mereka peduli kepada anggota bawahan,” kata Ab Aziz dalam satu sidang media di sini pada Rabu.
BACA: Azmin dan 10 ahli PKR keluar parti, bentuk blok bebas di Parlimen
BACA: 'Kami sangkal sekeras-kerasnya pihak yang label kami pengkhianat'
Beliau yang merupakan bekas ahli Majlis Pimpinan Negeri, menjelaskan hala tuju PKR kini sudah terpesong.
Katanya sebagai permulaan, ahli dari tiga cabang berkenaan dan akan disusuli oleh cabang lain.
Beliau berkata hampir 10,000 daripada 25,000 ahli PKR Kelantan yang direkodkan sebelum ini, dijangka akan meninggalkan parti sehingga hujung Mac depan.
Topic Berkaitan
#Ketereh
#Kubang Kerian
#Parti Keadilan Rakyat
#PKR
#PKR Kelantan
#Rantau Panjang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan