Semua setiausaha agung parti komponen Barisan Nasional (BN) dipanggil bagi membincangkan mengenai persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu mesyuarat di Kuala Lumpur hari ini.
Setiausaha Agung BN yang juga Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata setiausaha agung parti komponen akan dikehendaki menyerahkan usul bantahan kepadanya sebelum dikemukakan kepada SPR.
"Saya akan beri tempoh mungkin sehingga Selasa (depan) untuk menyerahkan segala ketidakpuasan hati mereka," katanya kepada media ketika ditemui selepas menghadiri majlis penutupan pertandingan menghias dan persembahan kelas bersempena bulan kemerdekaan sekolah-sekolah Putrajaya 2016, di sini hari ini.
Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh sebelum ini memaklumkan kajian semula itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan Pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lalu.
Semua pihak diberi masa selama sebulan sehingga 14 Okt untuk mengemukakan bantahan masing-masing.
Mengulas laporan mengenai Tan Sri Muhyiddin Yassin dicadangkan sebagai calon Perdana Menteri jika pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata ia tidak akan menjadi kenyataan kerana pembangkang tidak akan menang pada pilihan raya itu.
"Biarkan mereka bermimpi," katanya mengenai cadangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menamakan Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai calon Perdana Menteri ketika menjawab soalan hadirin dalam ceramahnya di University of London, baru-baru ini. -- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 29 2016
Semua setiausaha agung parti komponen Barisan Nasional (BN) dipanggil bagi membincangkan mengenai persempadanan semula kawasan pilihan raya dalam satu mesyuarat hari ini - Gambar fail / Foto Shahir Omar
MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sedang merangka pelbagai program bantuan yang bersesuaian bagi pembangunan kaum itu.
ESSCOM laksana tugas cemerlang bendung ancaman - Kaunselor EU
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam membendung pelbagai ancaman di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESS ZONE).
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan
Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.
AWANI 7:45 [25/04/2024] - Akaun KWSP distruktur semula | Pensyarah pro-Israel | Suspek tembak di KLIA didakwa | Astro Radio kekal nombor 1!
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Cynthia Ng;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
AWANI Ringkas: SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM
AWANI Ringkas
PBB akan kemuka cadangan persempadanan semula di Sarawak - Abang Johari
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan mengemukakan cadangan mengenai urusan kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya di Sarawak kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Persempadanan kawasan pilihan raya tidak dibincangkan - Mohamad
Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, tiada sebarang perbincangan mengenai persempadanan semula kawasan pilihan raya dilakukan Majlis Presiden Parti Kerajaan Perpaduan, setakat ini.
Hanya SPR boleh buat persempadanan semula kawasan pilihan raya - Guan Eng
DAP menyifatkan dakwaan PN bahawa Kerajaan Perpaduan akan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menambah kawasan pilihan raya jika memiliki majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat sebagai tidak berasas.
Parlimen: SPR tidak boleh guna 'administrative power' tambah kerusi Parlimen - Wan Junaidi
Sebarang urusan penambahan Parlimen memerlukan kajian mengikut lat tempoh masa, serta pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan.
Persempadanan: Tubuh badan bebas, bukan sahaja tertumpu kepada SPR - Penganalisis
Penubuhan badan bebas tersebut adalah bagi memastikan segala urusan persempadanan semula dapat dilaksanakan tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak.
Persempadanan kawasan pilihan raya: Patuhi Perlembagaan dan prinsip kesaksamaan, bukan etnik dan agama
BERSIH 2.0 menegaskan bahawa persempadanan yang berat sebelah (gerrymandering) adalah pengkhianatan kepada demokrasi.
Tiada persempadanan semula sebelum PRU15 - Hanipa Maidin
Ini kerana, jelasnya, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan proses persempadanan semula hanya boleh dilakukan sekali bagi setiap tempoh lapan tahun.
Polis hadir ke pejabat Bersih 2.0
Dua pegawai polis hadir ke pejabat Bersih 2.0 di Petaling Jaya di sini, pagi tadi.
Penganjur perhimpunan haram depan Parlimen akan dipanggil - KPN
Ketika ini tiada tangkapan dibuat dan polis akan memanggil penganjur untuk merekodkan keterangan mereka.
DAP Perak tak puas hati dengan nama 'Astaka'
Nga Kor Ming mendakwa nama 'Astaka' itu diambil bersempena dengan nama sebuah gelanggang bola keranjang di dalam kawasan berkenaan sedangkan Sitiawan merupakan kawasan yang kaya dengan sejarah.