awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen pembangkang ditahan SPRM

Astro Awani
Astro Awani
21/09/2017
15:05 MYT
Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen pembangkang ditahan SPRM
SPRM menahan seorang setiausaha politik kepada Ahli Parlimen pembangkang bagi membantu siasatan kes rasuah dalam isu berkaitan imigresen. -Gambar fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang setiausaha politik kepada Ahli Parlimen pembangkang bagi membantu siasatan kes rasuah dalam isu berkaitan imigresen, lapor BH Online.
Suspek bersama pembantu peribadi dan kerani Ahli Parlimen berkenaan ditahan kerana dipercayai terlibat dalam perbuatan rasuah membabitkan wang bernilai RM20,000.
Setiausaha politik berusia 45 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Kuala Lumpur kira-kira jam 8 malam tadi.
Penahanan tersebut dibuat beberapa jam selepas pasukan penyiasat menahan kerani dan pembantu peribadi kepada Ahli Parlimen tersebut selepas dipercayai menerima wang rasuah tersebut daripada seorang pemilik syarikat.
Laporan yang memetik sumber itu berkata kerani dan pembantu peribadi berkenaan ditahan di sebuah restoran di Taman Maluri kira-kira jam 1.45 tengah hari ini.
Menerusi maklumat awal yang diperoleh, syarikat milik pengadu dikatakan pernah membawa masuk pekerja asing bertaraf buruh menggunakan kelayakan profesional dan diketahui oleh ketiga-tiga suspek.
Pengadu mendakwa diminta menyediakan wang RM55,000 bagi menyelesaikan urusan berkaitan imigresen.
Difahamkan, SPRM akan mendapatkan perintah reman pagi esok.
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Pembangkang
#Rasuah
#RM20 000
#setiausaha politik
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan