Hanya rakyat yang boleh menentukan kemenangan sesebuah parti dalam pilihan raya, manakala pemimpion hanya mampu menawan hati pengundi dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka, kata Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sehubungan itu, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu berkata, parti -parti politik seperti UMNO, Bersatu dan lain-lain ini boleh sahaja berbalah dan timbulkan isu di peringkat tinggi , tetapi harus diingat, kesudahannya kelak, yang mempunyai kuasa memilih itu adalah rakyat.

"Kita sebenarnya malu, isu lompat parti ini tidak berlaku di negeri lain, seperti di Sarawak.

"Tetapi, saya yakin rakyat kini sudah matang dan bijak sekiranya calon itu dilihat suka lompat parti, rakyat boleh buang," katanya dalam sidang media selepas majlis penyerahan geran tanah Anak Negeri di sini.