Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengesahkan mengenai surat yang tular mengenai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun Ketua Menteri Sabah itu yang ditanya ketika sidang media selepas lawatan di Kilang Beras Terusan Sapi, Beluran bagimanapun hanya mengulas ringkas.
"Kita tunggu lah bila sampai masanya... itu sidang dewan dan ini lawatan (Kilang Beras) Terusan Sapi.
"Ya, ya kita melihatnya (surat)," katanya.
Beliau ditanya pemberita susulan satu surat yang dari Pejabat Parlimen Semporna tentang resolusi akan dibangkitkan di Dewan Rakyat majoriti ahli dewan menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mohd Shafie yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) dipercayai menandatangani surat tersebut.
Surat bertarikh 1 Mei 2020 itu dihantar kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof yang memohon meminta izin membawa satu usul dan mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Tun Dr Mahathir mempunyai keyakinan majoriti ahli Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 26 (1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27 (3) dalam Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.
Sementara itu, Setiausaha Dewan Rakyat, Riduan Rahmat ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan mengenai surat tersebut.
Kata beliau, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi pada Jumaat (8 Mei 2020).
Astro Awani
Thu May 07 2020
Mohd Shafie pada sidang media selepas lawatan ke Kilang Beras Terusan Sapi hanya mengulas ringkas isu tersebut.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Apa jadi kalau kes Tanduo berulang? Warisan desak sidang DUN khas bincang isu keselamatan Sabah
Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyatakan sesi itu penting bagi membahaskan semua aspek keselamatan terutamanya membabitkan negeri itu.
Rakyat Sabah, Sarawak mahu MA63 ditunaikan, bukan perjanjian baharu - Shafie Apdal
Katanya, apa yang benar-benar diminta oleh rakyat Sabah dan Sarawak selama ini adalah untuk melihat janji MA63 ditunaikan sepenuhnya.
Hanya Agong yang boleh batalkan Proklamasi Darurat - Shafie Apdal
Sebarang keputusan berkaitan Proklamasi dan Ordinan Darurat sepatutnya dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri.
Politik Sabah: Adun DAP setia bersama Warisan Plus
Selepas Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah tampil menjelaskan tiada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu bertindak keluar parti.
Sabah tidak boleh terlalu bergantung kepada Persekutuan kekang COVID-19
Kerajaan negeri sendiri perlu mengambil langkah agresif dan berkesan termasuk kawalan di pintu masuk Sabah serta kemudahan kesihatan untuk rakyat.
Warisan mahu lebarkan sayap ke Semenanjung dengan semangat 'Unity' - Shafie Apdal
Parti Warisan Sabah (Warisan) akan melebarkan sayapnya ke Semenanjung dalam usaha mengukuhkan parti itu termasuk sama-sama terlibat dalam pembuat keputusan dan pentadbiran Malaysia.
Bubarkan sahaja Pakatan Harapan jika tiada semangat setiakawan - Pemuda Keadilan Sabah
Razeef berkata, jika semangat setiakawan dalam PH itu sudah hilang apa yang boleh dilakukan adalah dengan membubarkan sahaja pakatan tersebut.
PRN Sabah: Dulu lawan sepupu, kini Mohd Shafie bakal lawan anak buah
Mohd Shafie antara lain bakal dicabar calon Perikatan Nasional (PN) yang juga anak buahnya sendiri, Norazman Utoh Nain yang juga Naib Ketua Bersatu Bahagian Semporna.
Malaysia-Filipina perlu duduk semeja bincang isu berbangkit
Sebarang tindakan dan rundingan yang bakal diadakan selepas ini juga harus berpaksikan kepada kedaulatan negara dan kepentingan rakyat Malaysia.
Bubar DUN Sabah: Kronologi kes cabar keputusan Yang Dipertua Negeri Sabah oleh Musa Aman
Tarikh 17 Ogos merupakan tarikh penting dalam diari politik Sabah.