awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NASA bawa pulang kru ISS lebih awal akibat masalah kesihatan serius
Volvo bakal umum SUV elektrik EX60 dengan jarak perjalanan mencapai 810km
Elon Musk mahu bina kilang pengeluaran cip 2nm tidak tegas dari segi kebersihan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shahidan nafi pakatan serah DUN kepada BN, Parlimen kepada pembangkang

Bernama
Bernama
22/07/2017
07:57 MYT
Shahidan nafi pakatan serah DUN kepada BN, Parlimen kepada pembangkang
Shahidan meminta pembangkang agar memilih isu yang berkepentingan rakyat.
Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menasihati penyokong Barisan Nasional (BN) , khususnya UMNO, agar berhati-hati dengan usaha pembangkang yang didapati menguar-uarkan agenda agar pengundi menyerahkan kerusi dewan undangan negeri kepada BN dan parlimen kepada mereka.
"Mereka (pembangkang) turut memuat naik gambar pemimpin UMNO dalam media sosial untuk menyokong pakatan itu. Ini tidak betul," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Wanita UMNO Bahagian Arau, di sini hari ini.
Katanya isu itu sengaja dimainkan oleh pembangkang dalam usaha mereka menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.
Pada masa sama, Shahidan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri meminta pembangkang agar memilih isu yang berkepentingan rakyat dan bukan mempolitikkan kisah-kisah jenayah serta agama dengan tujuan merosakkan nama pemimpin UMNO.
"Nak lawan dalam politik, eloklah pilih isu yang ada nilai dan kepentingan rakyat," katanya.
Sementara itu, Shahidan meminta Wanita UMNO mendampingi golongan muda dan bekerja lebih keras mendaftar pengundi baharu.
Beliau memberi contoh program berjalan kaki menemui rakyat yang dilaksanakannya sejak sekian lama telah memudahkan beliau bertemu hampir setiap lapisan masyarakat dan menziarahi keluarga yang memerlukan bagi menghulurkan bantuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#pembangkang
#pilihan raya
#Shahidan Kassim
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan