awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sebuah lagi PPS dibuka di Segamat, mangsa banjir di Johor kini 148 orang
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Fury Redemption: Ez Ghazali atasi jaguh Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shamsul Iskandar buat kejutan

Sinar Harian
Sinar Harian
28/04/2018
22:04 MYT
Shamsul Iskandar buat kejutan
Shamsul (baju merah) buat kejutan bertanding di kerusi DUN Rim dan Parlimen Hang Tuah Jaya. - Foto Sinar Harian
Timbalan Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin memberi kejutan pada proses penamaan calon apabila muncul pada saat akhir untuk bertanding di kerusi DUN Rim.
Beliau menggantikan Azmi Khamis sebagai calon yang disebut-sebut bertanding di DUN tersebut apabila hadir di pusat penamaan calon Parlimen Jasin di Dewan Platinum Politeknik Merlimau, di sini.
Shamsul Iskandar berkata, dia yakin mampu menawan pengundi bagi kedua-dua kerusi dipertandingkan dan berpotensi menjadi calon pilihan kerana percaya pengundi semakin bijak menilai calon yang benar-benar layak.
“Meskipun banyak ura-ura mengatakan saya tidak layak bertanding di sini kerana tidak berasal dari negeri ini, namun ia bukan alasan pengundi menolak kehadiran saya.
“Sebenarnya saya sendiri terkejut apabila dicalonkan di DUN Rim tapi pusat mempunyai alasan mereka tersendiri meletakkan saya di sini lebih-lebih lagi saya sendiri berasal dari Kampung Rim dan mendapat pendidikan di negeri ini,” katanya.
Menurutnya, kemenangan yang diperoleh pada PRU13 di Parlimen Bukit Katil penggal lalu juga menjadi tiket untuk pengundi DUN Rim melihat potensi dirinya.
“Saya sentiasa dekat dengan rakyat. Yang menjadi isu selama ini adalah parti lain yang menjual cerita mengenai saya. Apa pun, rakyat tahu apa mereka mahu,” katanya ketika ditemui pada proses penamaan calon di sini, semalam.
Topic Berkaitan
#Azmi Khamis
#calon
#DUN Rim
#Jasin
#kejutan
#MalaysiaMemilih
#Parlimen
#Parlimen Bukit Katil
#Parlimen Hang Tuah Jaya
#pengundi
#PRU14
#Shamsul Iskandar Mohd Akin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan