Sheikh Umar dipilih Ketua Dapsy Johor yang baharu

Sheikh Umar dipilih Ketua Dapsy Johor yang baharu
Kemenangan Sheikh Umar dalam pemilihan Dapsy Johor ini merupakan satu peristiwa penting bagi DAP yang memiliki ahli majoriti daripada kalangan kaum Cina. - Gambar Facebook Sheikh Umar
KUALA LUMPUR: Exco Sukan dan Belia Johor Sheikh Umar Bagharib Ali memenangi pemilihan ketua sayap pemuda DAP dan beliau menjadi pemimpin Melayu pertama yang memenangi kedudukan tertinggi sayap pemuda negeri.

Pegawai pilihan raya Dapsy Johor, Eric Teh mengumumkan Sheikh Umar memperolehi 31 undi bagi memenangi jawatan itu  menewaskan pencabarnya, Marina Ibrahim yang hanya memperolehi dua undi.

Menurut Eric seramai 56 wakil Dapsy Johor hadir daripada 62 wakil yang layak memilih ketua mereka yang baharu.
Terdapat dua undi rosak manakala 19 perwakilan pemuda dari bahagian Johor Bahru dan Kulai membuat keputusan untuk memboikot pemilihan kali ini.

Sheikh Umar yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif Negeri Johor.

Beliau merupakan seorang bekas aktivis Pas sebelum menyertai DAP pada 2015.

Kemenangan Sheikh Umar dalam pemilihan Dapsy Johor ini merupakan satu peristiwa penting bagi DAP yang memiliki ahli majoriti daripada kalangan kaum Cina.



Tag: DAP, DAPSY, Sheikh Umar Bagharib Ali, Melayu, ketua, Paloh, Adun, Exco


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.