awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siapa kata hubungan Azmin, Rafizi tegang?

Isabelle Leong
Isabelle Leong
21/09/2018
07:33 MYT
Siapa kata hubungan Azmin, Rafizi tegang?
Rafizi (kiri) dan Mohamed Azmin menolak dakwaan bahawa parti berkenaan sedang mengalami isu dan masalah dalaman disebabkan mereka berdua. - Bernama
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang hadir ke sidang media Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat tampil mesra dan tidak bertikam lidah.
Mereka kelihatan berbual dengan mesra sambil menunggu ketibaan Anwar ke sidang media tersebut.
Ini sekali gus menolak dakwaan bahawa parti berkenaan sedang mengalami isu dan masalah dalaman disebabkan mereka berdua.
Anwar yang diumumkan sebagai calon rasmi PKR di PRK Port Dickson sempat bergurau dan mengatakan bahawa kedua-dua Mohamed Azmin dan Rafizi boleh berkempen bersama-samanya di PRK yang bakal berlangsung pada 13 Oktober depan.
Tambahnya, dalam masa yang sama juga, kedua-dua pemimpin PKR tersebut juga boleh berkempen untuk diri sendiri dalam pemilihan PKR.
“Dua-dua boleh hadir berkempen untuk saya dan berkempen untuk diri mereka sendiri,” kata Anwar pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN pada Jumaat.
Sebelum ini, Rafizi telah menyatakan kesediaannya berdebat dengan Mohamed Azmin dan berkata ia sesuatu yang memalukan jika beliau menolaknya kerana UMNO telah melakukannya sebelum ini.
Namun, Mohamed Azmin menolak cabaran Rafizi kerana tidak melihat kewajaran untuk berdebat menjelang pemilihan parti kali ini.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Mohamed Azmin Ali
#Parti Keadilan Rakyat
#pilihan raya kecil
#PKR
#PRK
#Rafizi Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan