awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sirul dakwa teraniaya, saya perlu tolong - Dr Mahathir

Astro Awani
Astro Awani
12/04/2015
06:40 MYT
Sirul dakwa teraniaya, saya perlu tolong - Dr Mahathir
Sirul teraniaya, saya perlu tolong - Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau mahu menyelamatkan Sirul Azhar Umar kerana bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu mendakwa dia dianiaya dalam kes pembunuhan model wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, lapor Suara.tv.
Bekas perdana menteri itu berkata, walaupun mengetahui mengenai kes ini, namun beliau mengambil pendekatan untuk tidak membicarakannya sebelum ini.
“Saya (langsung) tidak bercakap mengenainya perkara ini sejak sekian lama, tetapi dua orang ini dihukum bunuh, kamu kena tolong mereka (kerana) Sirul pernah menjadi pengawal keselamatan saya.
“Tak bolehkah saya tolong dia (kerana) dia nak kena gantung?” soal Dr Mahathir ketika menjawab soalan yang dibangkitkan.
Difahamkan beberapa penulis blog telah mengadakan satu pertemuan sulit bersama bekas perdana menteri itu di Yayasan Al-Bukhary, petang Sabtu.
“Bila saya membangkitkan mengenai perkara ini, orang berkata saya bersama pembangkang tapi isu ini melibatkan nyawa orang.
“Cuba andaikan kamu akan dihukum gantung untuk perkara yang kamu tidak lakukan dan tidak ada siapa pun yang tolong.
“Lantak pi la, adakah kamu nak saya lakukan seperti itu?” soalnya lagi.
Dr Mahathir berkata, ibu Sirul, Piad Samad langsung tidak bercakap mengenai kes itu ketika bertemu beliau baru-baru ini.
“Mak dia datang jumpa saya (dan) dia tak boleh nak bercakap, bukan ada apa pun dia bercerita dengan saya.
“Saya tanya tapi dia tak mau cakap, kaku (dan) saya rasa dia takut… apa yang dia takut saya tak tahulah,” ujarnya lagi.
Minggu lepas, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Pulau Pinang, Datuk Khairuddin Abu Hassan membawa Piah bertemu Dr Mahathir di pejabatnya di Putrajaya.
ARTIKEL BERKAITAN: Anak saya dikambing hitamkan, ujar Ibu Sirul kepada Tun M
Sirul yang dijatuhi hukuman mati setelah didapati bersalah membunuh Altantuya kini berada di pusat tahanan Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan di Sydney, Australia selepas ditangkap di Queensland pada 20 Januari lepas berikutan amaran merah dikeluarkan Polis Antarabangsa, Interpol.
Topic Berkaitan
#Altantuya Shaariibuu
#Dr Mahathir Mohamad
#Najib Tun Razak
#Sirul Azhar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan