Mana-mana calon yang bertanding di Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) perlu menyatakan sokongan terhadap perubahan dan prinsip yang dibawa Pakatan Harapan (PH) sebelum gabungan itu boleh mengisytiharkan sokongan terhadap calon tersebut.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata ini merupakan 'langkah terakhir' dalam usaha PH untuk mengelakkan kemenangan buat Barisan Nasional (BN) di Parlimen tersebut.

"Saya tidak berunding dengan mana-mana pihak setakat ini.

"Namun, sekiranya pencalonan saya masih tidak diterima selepas kes di Mahkamah pada 3 Mei nanti, mana-mana calon di Parlimen Batu yang menyokong perubahan dan prinsip yang dibawa Pakatan Harapan akan disokong saya dan penyokong serta jentera Pakatan Harapan," katanya ketika sesi solidariti bersama beliau yang dianjurkan PKR Batu di Sentul malam ini.

Parlimen Batu kali ini menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Datuk Dr Dominic Lau dari BN, Azhar Yahya dari Pas serta Datuk V. M. Panjamothy dan P. Prabakaran dari Bebas.

Pada PRU13, penyandang Ahli Parlimen Tian Chua mengalahkan Dr Dominic dengan majoriti 13,284 undi