Sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri bukan untuk menyertai Kabinet Persekutuan.
Tegas Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof, tiada syarat ditetapkan gabungan itu dalam memberi sokongan kepada Muhyiddin.
Malah, soal kedudukan wakil rakyat GPS dalam jemaah menteri baru nanti juga tidak dibincangkan dalam Mesyuarat Tertutup yang dipengerusikan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
“Perkara ini tidak dibincangkan dan segalanya terletak kepada kebijaksanaan dan budi bicara Abang Johari dalam rundingan sama ada kita akan bersama dalam kerajaan atau tidak.
“Sokongan kita juga adalah untuk memastikan kemelut politik selesai dan Perdana Menteri dilantik,” katanya ketika ditemui Astro AWANI selepas selesai menghadiri mesyuarat tertutup GPS di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada Ahad.
Menurut Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, sokongan diberikan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri demi kepentingan dan kestabilan negara.
“Apa yang penting pada masa ini agar kerajaan dapat diwujudkan supaya kestabilan politik itu wujud dan ini dapat membantu meleraikan keadaan dalam masa sama dapat memperkukuhkan ekonomi,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berpandangan, kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu mengambil kira perjuangan GPS berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Malah, hak persempadanan dan Imigresen juga perlu terus diperkukuh demi menjaga kestabilan negeri itu.
"Beliau (Tan Sri Muhyiddin) mesti merealisasikan impian Sarawak mempertahankan syarat MA63, hak tanah, persempadanan dan imigresen negeri.
“Perkara ini tidak boleh dirunding. Ini hak keistimewaan Sarawak dan Muhyiddin peru mengiktirafnya,” katanya.
Syafik Shukri Jalil, Assim Hassan
Sun Mar 01 2020
FADILLAH: Segalanya terletak kepada kebijaksanaan dan budi bicara Abang Johari dalam rundingan. - Facebook.com/fadillah.yusof
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
Zaini Ujang terima Anugerah Tokoh SPAN
Zaini Ujang mendapat pengiktirafan apabila beliau telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
K'jaan setuju salur peruntukan kepada pembangkang - Fadillah
Satu deraf MoU akan dirangka serta dipanjangkan kepada pihak pembangkang, sebagai langkah perundingan seterusnya.
Peruntukan pembangkang: PM Anwar selesai bermesyuarat
Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 5.50 petang turut dihadiri pemimpin utama parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
Serangan Iran ke atas Israel: Wisma Putra perlu bersedia, pantau rakyat Malaysia - Fadillah
Kementerian Luar perlu berada dalam keadaan bersedia memantau keselamatan rakyat Malaysia di negara berisiko susulan serangan dron dan peluru berpandu oleh Iran ke atas Israel.
Kerajaan Perpaduan bincang peruntukan buat pembangkang pada 17 April - Fadillah
Fadillah berkata hal ini susulan pertemuan beliau dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Parlimen pada 19 Mac lepas.
Kerajaan bangunkan indikator khusus ukur tahap keterjaminan makanan - Fadillah
Kerajaan akan membangunkan indikator khusus menerusi pembangunan indikator keterjaminan makanan yang berdaya saing bagi mengukur tahap keterjaminan makanan negara.
Jawatankuasa teknikal MA63 bincang isu pendidikan, kesihatan April ini - Fadillah
Fadillah berkata mesyuarat itu susulan perbincangan peringkat pegawai yang selesai diadakan Sarawak bagi mengenal pasti isu kuasa yang boleh diserahkan kepada kerajaan negeri.
Manfaatkan media sosial ke arah kebaikan, elak isu perkauman - Fadillah
Rakyat Malaysia diseru memanfaatkan platform media sosial dengan berkongsi perkara membawa kebaikan dan bukan kepada isu perkauman.
Cuaca panas: Kerajaan pantau paras empangan, pastikan bekalan air cukup
Kerajaan akan terus memantau paras air empangan di seluruh negara bagi memastikan bekalan air mencukupi berikutan cuaca panas dan kering.