awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM mula siasat dakwaan ADUN Sabah ditawar habuan lompat parti

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
31/07/2020
10:36 MYT
SPRM mula siasat dakwaan ADUN Sabah ditawar habuan lompat parti
Baru-baru ini, beberapa ADUN parti pemerintah negeri mendakwa ditawarkan beberapa ganjaran termasuk jawatan sekiranya mereka bertindak melompat parti menyertai pembangkang di Sabah.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah sudah menghubungi beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang kononnya ditawarkan wang dan jawatan untuk melompat parti, baru-baru ini.
Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy berkata, bagaimanapun semua ADUN terbabit enggan membuat sebarang laporan rasmi kerana mendakwa tiada aktiviti rasuah berlaku.
"Merujuk kepada beberapa laporan media sebelum ini (berkaitan dakwaan ADUN ditawarkan wang dan jawatan untuk lompat parti), kita menghubungi mereka (ADUN) yang didakwa terlibat (dihubungi pihak tertentu untuk ditawarkan habuan).
"Hasil interaksi tersebut, ADUN dimaksudkan enggan membuat laporan rasmi kepada SPRM dengan alasan tiada sebarang transaksi rasuah yang berlaku," katanya.
Jelas beliau, bagaimanapun pihaknya tetap akan menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu.
"Kita juga bersedia menerima aduan serta maklumat berkaitan daripada mana-mana pihak yang terlibat," katanya.
Baru-baru ini, beberapa ADUN parti pemerintah negeri mendakwa ditawarkan beberapa ganjaran termasuk jawatan sekiranya mereka bertindak melompat parti menyertai pembangkang di Sabah.
Topic Berkaitan
#ADUN
#habuan
#jawatan
#Media
#pembangkang
#Politik Sabah
#Rasuah
#Sabah
#siasatan
#SPRM
#wang ringgit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan