awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'SPRM sahkan derma saya peroleh bukan rasuah' - Najib

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
08/08/2015
10:20 MYT
'SPRM sahkan derma saya peroleh bukan rasuah' - Najib
NAJIB: Jangan kata saya jual negara. Saya tidak akan jual negara, saya Perdana Menteri yang akan dipertanggungjawab atas apa saja yang saya lakukan. - fotoBERNAMA
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menegaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa derma politik yang diperolehnya bukan rasuah dan bukan dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Jangan kata saya jual negara. Saya tidak akan jual negara, saya Perdana Menteri yang akan dipertanggungjawab atas apa saja yang saya lakukan. Dan saya terima (dana) pun bukan kerana saya bagi kontrak," katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak di ibu negara.
Beliau berkata, sebagai Presiden parti, beliau mengutip dana termasuk derma untuk kepentingan parti dan bukan untuk diri sendiri.
"Sebagai Presiden, saya kutip dana untuk kepentingan parti. Zaman dulu saya banyak (beri) pertolongan pada bahagian, haji, banyak rumah pulih, bahagian dapat tiap bulan, pentadbiran. Jangan bila saya diserang kita tuang minyak.
"Sebab itu SPRM sudah kata, itu bukan rasuah dan bukan duit 1MDB. Selesai. Ia dah selesai," ujarnya.
Najib juga mengulangi beliau sedia untuk membentangkan akaun UMNO jika pembangkang sedia untuk melakukan perkara sama.
"Pembangkang jangan tuduh sahaja. Bila pilihan raya, (jumlah) bendera pun kalah kita (dengan pembangkang). Tuan-tuan ingat itu (bendera) percuma ke? Mengarut. Mereka (pembangkang) ada 'punca'. Jadi sama-sama kita bentangkan," katanya.
Topic Berkaitan
#1MDB
#dana
#derma
#Najib Razak
#politik
#SPRM
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan