awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suatu pembaziran jika teruskan perkhidmatan Lim Kit Siang - Pensyarah

Wafa Aula
Wafa Aula
12/03/2018
09:32 MYT
Suatu pembaziran jika teruskan perkhidmatan Lim Kit Siang - Pensyarah
Lim Kit Siang dilihat gagal dalam menyediakan perkhidmatan terbaik di kawasan Gelang Patah. - Gambar fail
Tindakan meneruskan perkhidmatan Lim Kit Siang sebagai wakil rakyat pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) dianggap sebagai suatu pembaziran memandangkan beliau dilihat tidak lagi relevan dalam konteks politik dan ekonomi negara hari ini, kata Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik, Dasar dan Pengajian Antarabangsa UUM, Md Shukri Shuib.
Menurutnya lagi, Lim Kit Siang memiliki rekod pencapaian yang buruk dan tidak memberangsangkan menyebabkan suatu pembaziran kepada negara jika elaun diberikan kepada wakil rakyat yang tidak bekerja.
“Tiba masanya Lim Kit Siang berundur dan beri peluang kepada wakil DAP yang lain untuk dicalonkan dalam kawasan itu memandangkan beliau dilihat gagal dalam menyediakan perkhidmatan terbaik di kawasan Gelang Patah.
“Seorang wakil rakyat harus menggunakan minda, tenaga, untuk menyediakan perkhidmatan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat,” katanya semasa dihubungi Astro AWANI hari ini.
Beliau berkata demikian semasa mengulas hasil kajian yang dikeluarkan panel Penyelidik Universiti Malaya yang menyatakan 64 peratus penduduk di Parlimen Gelang Patah tidak mengenali ahli parlimen mereka.
Shukri Shuib juga berkata, rakyat di sesuatu kawasan harus mengkaji semula kedudukan wakil rakyat bagi menentukan nasib diri mereka pada pilihan raya akan datang.
Terdahulu, keputusan Penasihat Parti Tindakan Demokratik itu untuk bertanding pada PRU14 disifatkan sebagai pertempuran paling sengit sepanjang 47 tahun penglibatannya dalam politik sekiranya bersaing dengan pencabar terdekatnya iaitu Tan Sri Ghani Othman yang mewakili Barisan Nasional (BN).
Lim Kit Siang menyandang kerusi Gelang Patah sebaik sahaja menewaskan bekas Menteri Besar Tan Sri Ghani Othman Johor pada pilihan raya yang lalu.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#DAP
#ekonomi
#Gelang Patah
#Ghani Othman
#Lim Kit Siang
#MalaysiaMemilih
#Parlimen
#politik
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan