awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suka hatilah nak caci, tapi serangan fizikal tu dah melampau! - Syed Saddiq

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
16/02/2019
08:53 MYT
Suka hatilah nak caci, tapi serangan fizikal tu dah melampau! - Syed Saddiq
Syed Saddiq dilihat dikerumuni dan 'diserang' ketika melewati satu kawasan yang dipenuhi penyokong BN. -Instagram Syed Saddiq
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mendakwa beliau diserang sekumpulan penyokong Barisan Nasional (BN) di luar Dewan Seri Cempaka di sini selepas selesai sesi penamaan calon.
Menerusi satu video yang dikongsi di akaun Instagramnya, Syed Saddiq dilihat dikerumuni dan 'diserang' ketika melewati satu kawasan yang dipenuhi penyokong BN.
Dalam kapsyennya, Ahli Parlimen Muar itu menyelar tindakan serangan berbentuk fizikal itu sebagai melampau.
"Hari ini saya tiada driver sebab tidak bertugas sebagai menteri. Dalam perjalanan nak ke kereta, saya diserang oleh penyokong-penyokong BN.
"Bila dimaki, saya hanya beri salam dan terus bergerak ke hadapan tetapi mereka kejar saya," tulisnya sambil memaklumkan laporan polis dibuat di Balai Polis Sungai Way.
Beliau juga berterima kasih kepada Unit Amal (Pas) dan pasukan polis yang membantu apabila melihat keadaan mula kecoh.
"Sedih saya lihat budaya gangsterisme yang menular di kalangan masyarakat kita.
"Saya mahu jadi 'Yang Berkhidmat', yang bertugas untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik, kerana Malaysia menyatupadukan kita semua," tulisnya lagi.
View this post on Instagram
Nak caci saya “Babi” “Bangsat” “Bodoh” “hancing”, saya tetap akan hormati, kerana itu hak saudara. Tetapi kalau sampai nak guna serangan fizikal, that’s too much! Hari ini saya tiada driver sebab tidak bertugas sebagai menteri. Dalam perjalan nak ke kereta, saya diserang oleh penyokong penyokong BN. Bila dimaki, saya hanya beri salam dan terus bergerak ke hadapan tetapi mereka kejar saya. Bila diserbu, pihak polis yang berdekatan datang bantu. Unit Amal (PAS) yang nampak insiden pun datang untuk bantu kerana mereka nampak reaksi fizikal beberapa penyokong BN. Saya terhutang budi kepada pihak Polis dan Unit Amal yang berdekatan. Tanpa mereka, saya tidak tahu apa akan jadi pada saya sekarang. Insiden seperti ini mengingatkan saya kenapa saya masuk politik. Bukan untuk bermusuhan, tetapi untuk kekal berkhidmat. Sedih saya lihat budaya gangsterisme yang menular dikalangan masyarakat kita. I want to be a “Yang Berkhidmat” which serves all Malaysians regardless of race, religion and political ideologies. Kerana Malaysia menyatupadukan kita semua. May Allah swt open up their hearts and minds. Laporan polis akan saya buat pada pukul 2pm di Balai Polis Sungai way. *Syed Saddiq* https://www.facebook.com/1130669147012110/posts/2054469277965421?sfns=mo
A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on
Feb 15, 2019 at 8:40pm PST
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#calon
#Malaysia
#Menteri Belia dan Sukan
#Muar
#PAS
#politik
#Semenyih
#serangan
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan