Tan Sri Syed Hamid Albar mengesahkan beliau bukan lagi ahli UMNO.

Syed Hamid dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan beliau hilang kepercayaan kepada UMNO dan tidak boleh lagi membawa dirinya untuk terus menyokong parti itu.

"Saya ingin mengesahkan bahawa saya telah hilang kepercayaan kepada parti UMNO, dan ingin mengesahkan bahawa saya telah keluar dari parti ini," kata Syed Hamid.

Tambahnya, dia setia bersama UMNO sejak berdekad lamanya, namun parti itu kini dilihatnya berbeza daripada dahulu.

"Saya dilahirkan dalam parti UMNO. Sepanjang beberapa dekad ini, saya setia bersama parti UMNO.

"Parti UMNO adalah sebuah parti yang benar-benar memperjuang dan mempertahankan hak Melayu, dan pada masa sama UMNO juga memelihara kepentingan bangsa lain.

"Akan tetapi, UMNO pada hari ini bukan lagi sama dengan UMNO yang lampau," kata beliau lagi.