awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syed Saddiq dipersenda di Dewan Rakyat: Adakah belia dilayan sebegitu dalam politik?

Astro Awani
Astro Awani
13/07/2020
09:51 MYT
Syed Saddiq dipersenda di Dewan Rakyat: Adakah belia dilayan sebegitu dalam politik?
Ada pihak berpendapat tidak wajar Syed Saddiq diperlakukan sebegitu, lebih-lebih lagi daripada wakil rakyat yang lebih senior daripadanya. - Gambar fail
“Cucu, cucu nak mencelah, cucu,” kata Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar ketika Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ingin mencelah dalam perbahasan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kemudian menyambung: “Tanya atuk (merujuk kepada Dr Mahathir) kenapa dia letak jawatan.”
“Boleh mencelah?” tanya Syed Saddiq sebelum Noh sekali lagi mencelah: “Bagi cucu, cucu nak mencelah.”
Mungkin kelihatan biasa buat sesetengah pihak namun insiden itu menjadi bualan malah trending di Twitter, iaitu di tangga kedua selepas tanda pagar Dewan Rakyat.
Kebanyakannya memberikan sokongan kepada Syed Saddiq dan berasakan tidak wajar beliau diperlakukan sebegitu, lebih-lebih lagi daripada wakil rakyat yang lebih senior daripadanya.
Seorang pengguna Twitter, Ok Sokmo (@ShaanGom) berkata tahap tidak hormat terhadap Syed Saddiq di Parlimen menunjukkan bagaimana golongan belia dilayan dan dipandang rendah.
“Susah sangatkah mahu tutup mulut sekejap saja dan dengarkan apa yang dia katakan? Ini pula sebelum mula bercakap sudah kena ejek,” ciapnya.
Seorang pengguna Twitter, Ok Sokmo (@ShaanGom) berkata tahap tidak hormat terhadap Syed Saddiq di Parlimen menunjukkan bagaimana belia dilayan dan dipandang rendah.
Seorang pengguna Twitter, Ok Sokmo (@ShaanGom) berkata tahap tidak hormat terhadap Syed Saddiq di Parlimen menunjukkan bagaimana belia dilayan dan dipandang rendah.
Seorang lagi pengguna, Wan Afifi Zawawie (@afifizawawie) menciap: “Cara Syed Saddiq diejek dan diperlekehkan di Parlimen adalah bukti bagaimana pandangan dan pendapat belia sering dibiarkan dan diabaikan oleh generasi lama.
“Biarkan belia mengambil alih dan membawa Malaysia ke tempat yang lebih baik,” tulisnya.
Seorang lagi pengguna, Wan Afifi Zawawie (@afifizawawie) menciap: “Cara Syed Saddiq diejek dan diperlekehkan di Parlimen adalah bukti bagaimana pandangan dan pendapat belia sering dibiarkan dan diabaikan oleh generasi lama.
Seorang lagi pengguna, Wan Afifi Zawawie (@afifizawawie) menciap: “Cara Syed Saddiq diejek dan diperlekehkan di Parlimen adalah bukti bagaimana pandangan dan pendapat belia sering dibiarkan dan diabaikan oleh generasi lama.
Sejak pagi, sidang tersebut kecoh, gegak-gempita dan suara-suara ‘menyerang dan diserang’ itu datang baik daripada pihak pembangkang mahupun kerajaan, tidak kira yang berusia atau yang muda.
Sidang Dewan Rakyat yang berlangsung pada Isnin mencatat pelbagai sejarah baharu termasuk pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baru, Datuk Azhar Azizan Harun.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said pula menjadi wanita pertama dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Kau tengok lah bila orang muda nak berbahas betul-betul. @SyedSaddiq kena ejek, buat lawak bodo, kena perli dengan orang-orang tua yang jadi ahli Dewan. Apa masalah orang-orang tua ni tak boleh bahas betul-betul ni? Gaji mahal rakyat bayar ni. Bagi orang muda jaga negara la. pic.twitter.com/lAv8NDqf1P
— luq (@luqmanlong) July 13, 2020
Dalam pada itu, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof akur dengan pengosongan jawatannya sebagai Yang Di-Pertua Dewan Rakyat dan menyifatkan proses tersebut telah dilaksanakan mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Mohamad Ariff berkata sejak dari awal beliau telah menjelaskan bahawa akan mengosongkan jawatan tersebut sekiranya ia dibuat mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Topic Berkaitan
#Abdul Azeez Abdul Rahim
#Azalina Othman
#Azalina Othman Said
#Dewan Rakyat
#kerajaan
#Langkawi
#letak jawatan
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Muar
#Noh Omar
#Parlimen
#pembangkang
#Perdana Menteri
#serangan
#Twitter
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan