Petikan ucapan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang ‘mengarwahkan’ calon Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Karmaine Sardini, hanya kesilapan kecil sahaja.
Karmaine berkata, beliau tidak mengambil hati mengenai perkara itu, namun menegaskan ia tidak perlu sampai dijadikan bahan politik parti pembangkang.
“Tersilap (sahaja), tak apalah. Tak ada hal punya. Tiada apa. Kadang-kadang kita pun tersilap cakap, tersasul. Bagi saya tiada masalah langsung,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sambutan Maulidur Rasul di sini, hari ini.
Semalam, sewaktu berucap di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Sawah di sini, Syed Saddiq, yang juga Ketua Armada Bersatu, tersasul memanggil Karmaine sebagai 'Arwah Haji Karmaine'.
PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan susulan kematian wakil rakyatnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik, yang mewakili PH, pada 21 Sept lepas akibat komplikasi jantung.
Pada PRK ini, Karmaine berdepan pertandingan enam penjuru, melawan calon Barisan Nasional daripada MCA Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, calon Gerakan Wendy Subramaniam dan Presiden Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) Datuk Dr Badrulhisham Abdul Aziz; serta dua calon Bebas, Dr Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghaffar.
Sementara itu, Karmaine berkata, komitmen Kerajaan Pakatan Harapan dalam menegakkan syiar Islam tidak seharusnya dipertikaikan lagi.
Beliau berkata, dakwaan pihak pembangkang bahawa Islam akan tergugat apabila kerajaan baharu mengambil alih, langsung tidak berasas sama sekali.
“Memang itu menjadi pegangan kita selama ini. Apa pun kita punya pertukaran pemerintahan, agama Islam (tetap) menjadi agama rasmi Persekutuan.
“Dalam Perlembagaan pun dah tempatkan Islam di tempat sebenarnya. Jadi, saya rasa tiada masalah. (Pakatan Harapan didakwa) tidak mempertingkatkan agama Islam, ini tidak betul.
"Saya tengok kerajaan baru ini, (perkara) berkaitan agama Islam pun telah ditambah,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Sat Nov 09 2019
Sewaktu berucap di PDM Kampung Sawah pada Jumaat, Syed Saddiq telah tersasul memanggil calon PH itu sebagai 'Arwah Haji Karmaine'. --fotoBERNAMA
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
'Apa saja rezeki, arwah akan kongsi' - siapa sangka rupanya Ashraf Sinclair penderma tetap di...
Doakan yang terbaik untuk arwah
Syed Saddiq tersasul 'mengarwahkan' saya - Karmaine
Karmaine berkata, beliau tidak mengambil hati mengenai perkara itu, namun menegaskan ia tidak perlu sampai dijadikan bahan politik untuk pembangkang.
'Mama rindukan Memen' - Linda Rafar rakam lagu buat arwah anak
Bekas peserta Gegar Vaganza 5 (GV5) Linda Rafar telah merakamkan sebuah lagu khusus buat arwah anaknya yang telah meninggal dunia empat tahun lalu, Rezaimin Keifli atau Memen.
Ibu sebak terima ijazah arwah anak
Pada 29 Mei lalu anak sulungnya itu meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II, selepas koma akibat komplikasi jantung.
"Saya nampak seperti arwah Mak ada di depan ketika atas pentas" - Joey
Penyanyi dan pelakon Zulkifli Daud atau Joey mengakui seringkali terlihat bayangan emaknya ketika melakukan persembahan dalam program Super Spontan Xtravaganza (SSX).
'11 Ogos bukan tarikh arwah bernikah, sebaliknya...' - Ibu Nizen Ayob
Tarikh 11 Ogos yang menjadi tanda tanya ramai sama ada ia tarikh arwah Nizen Ayob bertemu jodoh atau tidak akhirnya terjawab.
Mangsa lemas sempat amanahkan hamster kepada adik
Mohammad Affiq Afnan, kanak-kanak yang lemas ketika mandi di sebuah kawasan bekas lombong di Taman Suria sempat mengamanahkan hamster peliharaannya kepada adiknya untuk dijaga.