awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan 1MDB Najib ditangguh, sambung lepas solat Jumaat
8 maut bangunan runtuh di Mesir
Pemakluman rasmi kepada SPR kekosongan luar jangka tiga DUN Perlis minggu depan - Speaker
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syed Saddiq umum bertanding Ketua Armada

Bernama
Bernama
21/07/2019
05:15 MYT
Syed Saddiq umum bertanding Ketua Armada
SYED SADDIQ: Saya akan bertanding dan meraikan budaya demokrasi dalam parti.
Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mengumumkan akan bertanding jawatan Ketua Armada pada pemilihan parti yang akan diadakan pada tahun ini.
Syed Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata beliau meraikan budaya demokrasi dalam parti seperti yang disarankan Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Saya akan bertanding dan meraikan budaya demokrasi dalam parti seperti disarankan Tun Mahathir. Kita juga tidak boleh tutup pintu pertandingan kepada sesiapa sahaja yang mahu bertanding pada pemilihan Bersatu.
"Kita juga perlu raikan mereka (yang bertanding) kerana fokus utama Armada merupakan teras dan tulang belakang kepada Bersatu serta kami (Armada) juga perlu pastikan ia berkembang dengan budaya politik yang sihat di seluruh negara," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas merasmikan Program FitMalaysia Zon Utara yang diadakan di Kompleks Sukan dan Rekreasi Majlis Perbandaraan Seberang Perai (MPSP), di sini.
Semalam, Dr Mahathir yang juga Perdana Menteri dilaporkan berkata terdapat kemungkinan pemilihan jawatan dalam parti Bersatu, yang akan diadakan buat kali pertama, akan berlangsung tahun ini.
Katanya parti Bersatu belum menetapkan tarikh, bagaimanapun pihaknya berharap dapat mengadakannya tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bersatu
#bertanding jawatan
#Ketua Armada
#pemilihan parti
#PPBM
#syed saddiq sted abdul rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan