awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak boleh bawa usul undi tidak percaya, bawalah usul undi percaya - Anthony Loke

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
07/03/2020
21:09 MYT
Tak boleh bawa usul undi tidak percaya, bawalah usul undi percaya - Anthony Loke
ANTHONY LOKE: Kalau tak nak buat usul undi tidak percaya, Hadi boleh buat usul undi percaya kepada Tan Sri Muhyiddin. -Gambar fail
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke mencadangkan agar usul percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8 dibawa di Dewan Rakyat dalam sesi akan datang.
Hal ini berikutan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan usul tidak percaya memberi gambaran seolah-olah pakatan itu tidak percaya terhadap keputusan Yang di-Pertuan Agong.
Dengan cara itu, kata Anthony, Muhyiddin akan dapat menentukan jumlah sokongan yang diterimanya sebagai perdana menteri selepas pelantikan oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum ini.
"Kalau tak nak buat usul undi tidak percaya, Hadi boleh buat usul undi percaya kepada Tan Sri Muhyiddin. Sebelum ini beliau nak buat usul undi percaya kepada Tun Mahathir tapi dah tarik balik.
"Sekarang ini kita tak payah berpolemik, kalau tak boleh buat usul undi tidak percaya, kita buat usul undi percaya.
"Usul undi percaya kena juga undi. Kalau tidak diluluskan, maksudnya sama juga," kata beliau ketika berucap dalam siri pertama Jelajah Harapan di Taman Sri Andalas, Klang, pada Sabtu.
Sesi yang turut disertai Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail itu dihadiri kira-kira 500 penduduk setempat.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Anthony Loke
#DAP
#Dewan Rakyat
#Muhyiddin Yassin
#Parti Amanah Negara
#PAS
#Perdana Menteri
#PKR
#usul undi percaya
#usul undi tidak percaya
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan