awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki tempatan maut ditembak di Klang
Ibu kandung, bapa tiri ditahan kes dera kanak-kanak di Nilai
Pekerja ladang bebas tuduhan edar dadah lebih 77kg
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak cukup dana punca gagal kukuhkan organisasi - Perwakilan Amanah Kelantan

Irwan Muhammad Zain, Hasimi Muhamad
Irwan Muhammad Zain, Hasimi Muhamad
07/12/2019
07:20 MYT
Tak cukup dana punca gagal kukuhkan organisasi - Perwakilan Amanah Kelantan
CHE IBRAHIM: Tanpa jentera bagaimana parti mahu dikukuhkan. - Foto Astro AWANI
Aspek pengukuhan organisasi antara menjadi tumpuan perbahasan perwakilan Amanah di Konvensyen Amanah Nasional 2019 pada Sabtu.
Perwakilan Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed dalam perbahasannya berpendapat pengukuhan organisasi tidak semata-mata melalui aspek tarbiyah tetapi mesti seiring dengan pengukuhan dasar-dasar kerajaan.
Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan itu menegaskan pentingnya kepimpinan memberi perhatian terhadap aspek dana dan jentera.
“Walaupun kita ada jentera tapi tanpa dana, bagaimana? Ibarat ada kereta, tiada minyak.
“Di tempat saya, di Kelantan dulu jentera parti mudah, Pas dulu panggil guru Pasti dan peserta Ladang Rakyat.
“UMNO pun ada jentera melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan.
“Sekarang, nak panggil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung? MPKK masih berbalah lagi walaupun Pakatan Harapan memerintah dua tahun,” katanya ketika Perbahasan Pidato Presiden sempena Konvensyen Nasional 2019 AMANAH di IDCC, Shah Alam.
Justeru, beliau mengingatkan kepentingan jentera dalam usaha mencapai pengukuhan organisasi.
“Jadi, rakyat tanya di mana jentera? Tanpa jentera bagaimana parti mahu dikukuhkan,” katanya lagi.
Che Ibrahim turut membangkitkan persoalan sama ada kerajaan Pakatan Harapan tidak memanfaatkan ruang ketika berkuasa seperti dilakukan Barisan Nasional di peringkat kerajaan pusat dan Pas dalam kerajaan negeri.
Katanya, selagi gagal memanfaatkan kedudukan dalam kerajaan maka hasrat untuk pengukuhan organisasi tidak tercapai.
Topic Berkaitan
#Amanah
#aspek tarbiyah
#Che Ibrahim Mohamed
#Konvensyen Amanah Nasional 2019
#PAS
#Perwakilan Amanah Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan