awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak jadi TPM pun tak apa, saya balik jadi nelayan - Hadi Awang

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
06/03/2020
03:40 MYT
Tak jadi TPM pun tak apa, saya balik jadi nelayan - Hadi Awang
Abdul Hadi tidak kisah sama ada dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri atau tidak. Gambar Astro AWANI.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mengambil sikap terbuka sama ada dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri atau tidak dalam barisan kabinet baharu nanti.
Ahli Parlimen Marang itu berkata, PAS menyerahkan isu berkenaan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk membuat keputusan.
Abdul Hadi berkata, PAS tidak meletakkan syarat atau mewajibkan beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan ini.
“Saya terbuka kepada Perdana Menteri dan tidak mewajibkan saya dipilih (sebagai Timbalan Perdana Menteri). Kalau saya tak dipilih pun tak apa, saya balik jadi nelayan pun tak apa," katanya dalam nada berseloroh pada sidang media khas di Dewan Masjid Rusila pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Abdul hadi berkata, tidak menjadi masalah jika beliau tidak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana hanya mahu bekerja untuk negara.
“Yang calonkan saya tu rakyat orang biasa. Bukan orang biasa calonkan (Timbalan Perdana Menteri). Biasanya, Perdana Menteri yang tentukan (jawatan Timbalan Perdana Menteri),”katanya
Mengulas mengenai pembentukan kabinet, Abdul Hadi menjelaskan, PAS hanya menyatakan konsep pentadbiran yang diinginkan sahaja, selebihnya diserahkan kepada kebijaksanaan Muhyiddin untuk membuat keputusan.
“Itu PAS serah kepada kebijaksaan Perdana Menteri. (Namun) sudah tentulah akan mengambil kira jumlah kerusi parti-parti komponen dalam Perikatan Nasional selain Sabah dan Sarawak, yang tidak menyertai perikatan itu.
“Selain itu, turut diambil kira adalah parti mewakili orang bukan Islam dalam Perikatan Nasional walaupun jumlah mereka sendikit. Parti-parti ini kita kena ambil kira,” katanya.
Beliau bagaimanapun menegaskan, anggota kabinet perlu dipilih di kalangan golongan profesional.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Ahli Parlimen Marang
#golongan profesional
#kabinet
#konsep pentadbiran
#Muhyiddin Yassin
#parti mewakili orang bukan Islam
#Presiden Pas
#Timbalan Perdana Menteri
#TPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan