awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK

'Takda yang lompat parti, kalau mahu kami alu-alukan' - Mukhriz

Hilal Azmi, Hans Yusoff
Hilal Azmi, Hans Yusoff
11/05/2018
12:04 MYT
'Takda yang lompat parti, kalau mahu kami alu-alukan' - Mukhriz
PRU14 menyaksikan gabungan PH memenangi 18 daripada 36 kerusi di DUN Kedah. - Foto Astro AWANI / Hilal Azmi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengesahkan tidak menerima mana-mana pihak yang mahu ‘sertai’ Pakatan Harapan (PH).
“Setakat ini, tiada yang mahu lompat parti, tapi kalau ada kami alu-alukan,” katanya ketika ditanya mengenai spekulasi ‘lompat parti’ yang dilihat mampu memperkukuh kedudukan PH di Kedah dalam satu sidang media yang diadakan di sebuah hotel di sini hari ini.
Mukhriz turut mengumumkan akan mengadakan satu perjumpaan dengan gabungan PH bagi membentuk Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah dalam tempoh terdekat ini.
"Satu perjumpaan akan diadakan dalam tempoh terdekat ini bagi membincangkan mengenai pelantikan Exco.
"Tidak ada perubahan dalam lantikan Exco ini yang mana ada 10 jawatan dengan satu adalah speaker Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya.
Sidang media pertama MB Kedah, Mukhriz Mahathir
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menyaksikan gabungan PH memenangi 18 daripada 36 kerusi DUN Kedah.
Jumlah itu menyaksikan PKR menang lapan kerusi, PPBM (lima), DAP (dua) dan Parti Amanah Negara (tiga).
Istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah
Mukhriz menang dengan majoriti 5,866 setelah mendapat 18,695 undi manakala calon Barisan Nasional dan penyandang kerusi Jerlun, Datuk Othman Aziz 12,413. Calon Pas, Abd. Ghani Ahmad pula memperoleh 12,829.
Topic Berkaitan
#Amanah
#Barisan Nasional
#DAP
#Kedah
#Malaysia Memilih
#Menteri Besar
#Mukhriz Mahathir
#Pakatan Harapan
#Parti Amanah Negara
#PPBM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.