awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir di Pahang pulih sepenuhnya
Lisa BLACKPINK jadi wajah kempen pelancongan Thailand bermula Januari 2026
Impian jadi penyampai radio? SINAR FM cari ‘Penyampai Emas’ baharu!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanpa PAS, PKR mungkin berdepan kekalahan - Pemuda PAS Selangor

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
28/04/2017
02:31 MYT
Tanpa PAS, PKR mungkin berdepan kekalahan - Pemuda PAS Selangor
Perwakilan Selangor, Mohamed Shukri Omar berkata tanpa sokongan yang ditawarkan parti tersebut, PKR berkemungkinan menemui kekalahan di Selangor. - Gambar fail
Dewan Pemuda PAS Selangor mengingatkan PKR bahawa sumbangan parti itu sewaktu Pilihan Raya Umum sebelum ini kepada PKR adalah besar.
Perwakilan Selangor, Mohamed Shukri Omar berkata tanpa sokongan yang ditawarkan parti tersebut, PKR berkemungkinan menemui kekalahan di negeri itu.
"Dia (Menteri Besar Selangor) boleh memanggil kita 'lebai'.
"Tapi ingat, tanpa jemaah ini membantu Pakatan, kerusi yang dipegang Menteri Besar akan menjadi penggal terakhir bagi beliau," kata Shukri pada sesi perbahasan Muktamar Dewan Pemuda PAS di Kompleks PAS Kedah, di sini pagi ini.
Shukri juga mencabar Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli untuk bertanding di kerusi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Umum yang seterusnya dan berdepan 'Pemuda Penegak Islam'.
"Fitnah boleh dilemparkan kepada pihak kami tetapi kami tidak sesekali akan berundur!" kata Shukri dalam ucapannya.
Namun, Shukri menjemput ahli-ahli PKR yang 'ikhlas berjuang' untuk bersama PAS dalam Gagasan Sejahtera bagi usaha mereka untuk menuju Putrajaya.
"Bagi mereka yang mahu lihat perubahan dalam negara, bagi mereka yang masih lagi ingin bersama PAS, marilah bersama kami dalam Gagasan Sejahtera," kata Shukri.
Proses perbahasan bagi Dewan Pemuda Pas dijangka akan tamat hari ini.
Esok, Muktamar PAS Pusat pula akan bermula dan akan berakhir pada 1 Mei nanti.
Topic Berkaitan
#Mohamed Shukri Omar
#Muktamar Pas
#PAS
#Pemuda Pas Selangor
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan