awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Mangsa ragut warga emas cedera selepas diseret 10 meter di Ketereh
Bekas Ketua Perisikan, pegawai kanan ATM antara didakwa kes rasuah esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Adnan sindir bekas perdana menteri cemburu rentak kejayaan Malaysia

Astro Awani
Astro Awani
11/08/2015
12:14 MYT
Tengku Adnan sindir bekas perdana menteri cemburu rentak kejayaan Malaysia
TENGKU ADNAN: Negara akan musnah sekiranya sikap angkuh menguasai diri seseorang.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyifatkan ada pihak tertentu termasuk bekas perdana menteri cemburu melihat kejayaan yang dicapai Malaysia hari ini
Menurut laporan portal berita mStar, walaupun tidak secara khusus menyebut nama bekas perdana menteri kenyataan itu dilihat merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang kerap mengkritik pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Mereka serang perdana menteri. Dia kata macam-macam sehingga sekarang ekonomi kita terjejas, begitu juga nilai mata wang. Macam-macam dia buat, kononnya tidak yakin," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pembukaan Jalan Genting Kelang dari persimpangan Jalan 1/27a hingga ke persimpangan Jalan Lingkaran Tengah 2 di ibu negara.
Beliau menyifatkan ia bertitik-tolak daripada sifat rakus dan juga kerana tidak mencapai matlamat peribadi.
"Ada yang nak jadi perdana menteri (PM) Tak dapat jadi PM, ada yang dah jadi PM barangkali cemburu atas kejayaan yang dicapai pada hari ini dan macam-macam lagi," katanya.
Tambah Menteri Wilayah Persekutuan itu, negara akan musnah sekiranya sikap angkuh menguasai diri.
Katanya, sikap dengki dan busuk hati masih lagi boleh diubati, tapi apabila angkuh dan fikir diri sendiri selalu betul, itu yang akan memusnah
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Najib Razak
#Tengku Adnan Tengku Mansor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan