awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
KHOM bakal laksana misi bantuan musim sejuk di Syria dan Lubnan
217 Taman Rekreasi MADANI siap, 100 lagi disasar tahun ini - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terima kasih atas segala jasa kepada UMNO - Mohamad Hasan

Astro Awani
Astro Awani
13/12/2018
01:08 MYT
Terima kasih atas segala jasa kepada UMNO - Mohamad Hasan
Mohamad juga berharap semua anggota parti menerima keputusan kesemua pemimpin berkenaan dengan berlapang dada, terbuka dan rasional. - Gambar fail
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan selamat maju jaya kepada hampir kesemua anggota jawatankuasa badan perhubungan negeri Sabah termasuk Pengerusinya Datuk Seri Hajiji Mohd Noor yang mengumumkan keluar parti pada Rabu.
“Terima kasih atas segala sumbangan dan jasa kepada UMNO, kepada orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan kepada negara selama ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau juga berkata UMNO menghormati keputusan dan ketetapan pemimpin parti itu di Sabah yang tidak lagi mahu bersama dengan parti.
Mohamad juga berharap semua anggota parti menerima keputusan kesemua pemimpin berkenaan dengan berlapang dada, terbuka dan rasional.
“Isu ini melibatkan kesetiaan dan kebersamaan. Kedua-dua perkara ini bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa-paksa dan dijual beli. Ia mesti hadir dengan keterbukaan dan secara sukarela.
"Saya menyarankan kepada semua pendukung UMNO untuk terus menjalinkan hubungan dengan pemimpin di Sabah dan Sarawak walaupun tidak lagi dalam parti yang sama.
“Silaturahim dan perjuangan di antara pemimpin Melayu Semenanjung dan pemimpin Bumiputera Sabah dan Sarawak mesti diteruskan,” katanya.
Pada Rabu, empat ahli parlimen, sembilan ADUN dan dua senator mengumumkan keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat Bebas dan menyatakan sokongan mereka kepada Pakatan Harapan dan kerajaan negeri yang diterajui oleh Parti Warisan pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Mohamad Hasan
#Mohd Shafie Apdal
#Pakatan Harapan
#Sabah
#UMNO
#Warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan