awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS susulan jangkaan OPR kekal
Bekas PTD, isteri tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur
UCL: Gol tunggal Caicedo bantu Chelsea tundukkan Pafos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terima 'rejaman' kiri kanan, Rais Yatim akhirnya luah rasa terpendam!

Shafizan Johari
Shafizan Johari
29/05/2018
10:06 MYT
Terima 'rejaman' kiri kanan, Rais Yatim akhirnya luah rasa terpendam!
RAIS: Saya juga mempersoalkan kedudukan ketua bahagian yang menjadi warlord sehingga tidak boleh ditegur.
“Saya dihujani dengan rejaman daripada JASA (Jabatan Hal Ehwal Khas) dan kawan-kawan dalam UMNO yang katakan saya ‘mamai’,” itu luahan hati bekas pemimpin UMNO yang disingkirkan, Tan Sri Rais Yatim apabila beliau mencadangkan agar Jho Low disiasat berkenaan skandal 1MDB.
Katanya kalau parti itu mengambil nasihatnya, mungkin tekanan yang dirasai bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan berkurangan.
“Saya juga mempersoalkan kedudukan ketua bahagian yang menjadi ‘warlord’ sehingga tidak boleh ditegur, ketua-ketua perhubungan pun begitu juga, apatah lagi ‘maestro’ yang besar-besar di pusat, sudah tidak dapat diolah untuk dijadikan contoh lagi,” katanya kepada Astro AWANI.
Bekas Ahli Parlimen Jelebu itu bagaimanapun mengakui masih sayangkan UMNO dan berharap dapat betulkan organisasi yang pernah dianggap sebagai parti keramat orang Melayu itu.
“Ini bukan bermakna saya tidak boleh ubat UMNO dari luar. Dari dalam dah tak boleh, sebab apabila disebut sahaja (kritikan) maka anda dianggap sebagai orang asing,” akur beliau.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada 5 Mei lalu mengesahkan pihaknya sudah memecat Rais bersama dua lagi veteran UMNO, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rafidah Aziz.
Keputusan itu dibuat susulan tindakan Daim dan Rafidah menyokong Pakatan Harapan (PH) dengan menghadiri ceramah Pakatan Harapan, manakala Rais pula membidas UMNO dan Suruhanjaya Pilihan Raya secara terbuka kerana membuang gambar Tun Dr Mahathir Mohamad daripada papan iklan pembangkang.
Rafidah bagaimanapun memaklumkan sudah lebih awal keluar daripada UMNO sementara Daim pula menyatakan Tengku Adnan tiada kuasa untuk memecatnya.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Astro Awani
#Jho Low
#Mahathir Mohamad
#Malaysia Baharu
#Melayu
#Najib Razak
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#pilihan raya
#Rafidah Aziz
#Rais Yatim
#Tengku Adnan
#Tengku Adnan Tengku Mansor
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan